1. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KULAI 2018ext
Tarikh : 20 NOVEMBER 2018
Masa : -
Tempat : MSI, UTM
Penganjur: Pusat Islam UTM,
Jawatan : Sukarelawan
a) Laporan Mini
Program kesukarelawan ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Islam Uniersiti Teknologi Malaysia. Program ini dijalankan pada 20 November 2018. Ianya telah bukan sahaja melibatkan kakitangan dan pelajar Universiti sahaja malah penglibatan orang awam di Kawasan sekitar iaitu daerah Kulai juga turut hadir. Program ini dijalankan bagi menyambut bulan kelahiran nabi Muhammad S.A.W iaitu Maulidur Rasul peringkat daerah Kulai. Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2018 peringkat Daerah Kulai anjuran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program kali ini bertemakan “Menyantuni Ummah Membawa Rahmat”. Program ini juga mempunyai harapan yang tinggi agar Semoga seluruh ummah diberikan kerahmatan dan keberkatan daripada yang Esa. Program ini telah melibatkan ramai orang termasuk dari segi peserta mahupun sukarelawan. Sukarelawan yang hadir juga bukan sahaja menolong pada bahagian pengurusan perarakan malah bahagian dapur dan banyak lagi. Makanan yang disediakan juga adalah percuma kepada seluruh peserta dan sukarelawan. Selain objektif utama bagi mengingat perjuangan Nabi Muhammad, program ini adalah suatu pendekatan di mana semua pelajar Islam dapat mengeratkan siraturahim dan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dengan juadah makanan yang disediakan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
b) Attribute Siswazah
1. Kemahiran kepimpinan dan kerja kumpulan
2. Kemahiran komunikasi
3. Kebolehsuaian
c) Refleksi
Program ini telah memberikan saya banyak pengalaman yang sangat bermakna. Program ini mengambil masa selama separuh hari yang bertempat di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia. Sepanjang program ini, saya ditugaskan di bahagian dapur. Pada program ini, saya perlu menyiapkan juadah makanan kepada para peserta program maulidur rasul tersebut. Makanan yang diseiakan dalam bentuk talam. Program ini memberikan saya kenangan yang sangat manis dan menarik apabila kami dapat mengenali ramai kenalan baru daripda pelbagai fakulti. Kami juga melakukan aktiviti di situ dengan penuh tekun bersama-sama. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui bertapa bermaknanya Kerjasama antara satu sama lain. Saya juga mempelejari bahawa jati diri mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak seseorang individu. Oleh itu, program ini amat memupuk saya dalam akhlak mulia dan nilai-Bagi saya, nilai murni dalam diri, jati diri tidak dapat dibentuk dan dipupuk jika kita tidak berakhlak baik. Akhlak mulia amat penting dalam penghidupan manusia kerana ia memberi pengaruh dan impak yang besar terhadap gerak langkah seseorang Muslim. Dengan Kerjasama yang jitu juga telah menjadikan kerja yang dijalankan lebih mudah dan teratur. Saya amat berharap dapat menyertai lagi program seperti di masa akan datang.
Lampiran (Sijil)
-
Download Document 38.pdf
Document 38.pdf Details
- Wednesday, 14 July 2021 [574.4KB]