Image
About me
- First name: DANIAL BIN ROSDI
- Faculty: A15HA0022
- Student ID: A15HA0022
- Display name: DANIAL BIN ROSDI
- Town: Selangor
- City/region: Sepang
- Country: Malaysia
Reflection For 2CT Festival 2018+
Individual Reflection 2CT festival 2018
2CT festival 2018 is a program or event that required the participation of students that takes the subject (UHAS2122-22 Creative And Critical Thinking) as part of the requirement of this subject that must be full filled. All students including me are required to choose and take part in one of the activities in 2CT festival 2018. I would like to thank my lecturer for this subject, Dr Azlineer Binti Sarip for her encouragement, commitment and insightful advice in order to ensure that festival is succeeded. I felt very grateful because getting a chance to become her student. I really hope experience that I get from participating in 2CT festival 2018 will always play and keep in my mind forever and ever. I believe good times come and go, but the memories will last forever.
Task/role played in the group
The role I played in the theatre group (Natrah) as Che Mad”. The Malay men that work for British representative in Tanah Melayu.The role that I play is quite tough and difficult because I need to portray and presenting the real character of “Che Mad” that required me to speak by using the Penang dialect, finding the suitable clothes and props that suitable with the character of “Che Mad”. Besides that, the role that I played in the group, required me to showing a variety of emotion and feeling such as angry, using a variety of tone of voice, curious and dominant, in order to ensure the viewers can feel the dialogue and content that delivered by me.
Strategy used to play the role
There are several strategies that I used to play the role, such as viewing Natrah theatre in YouTube. When I viewing and searching this theatre on YouTube, I can know exactly the content and storyline of this theatre. Besides that, I also asked help from my friends that know how to use the right Penang dialect. I personally didn’t know how to speak by using the Penang dialect because I stay in Selangor. The other strategy that I used to play the role is by following and attending each of training session that had been made, in order to ensure, I can present the good quality of acting. I personally believe by attending each of training session are really helping me to empower by acting skills in term of delivering the right emotions and feeling, using the suitable tone of voice and memorize the script and dialogue in each scene
Issues/challenges encountered and steps taken.
The issues and challenges that I faced in playing the role as Che Mad” is using right Penang dialect. As I mentioned before this, I didn’t have any basis and know exactly the right ways to use this dialect. However, I took this issues and challenges in positive ways and I believe with myself that I can do it and cope this issues and challenges. I took several steps to solve and cope this issues or challenges such as watching the Malay movie, asking help from my friends that stay in Pulau Pinang by calling him to asking him the right way to speak by using Penang dialect. Besides that, I also attended each of training session that had been made.
Creative and critical thinking process involved in completing the project:
Creative and critical thinking process involved in completing the project is through the transforming the information and knowledge regarding the character of “Che Mad” that I get from the internet, sharing discussion and training session with my team members in order to portray the actual character of “Che Mad”. This process allowing me to enrich my knowledge about this theatre as well as enhance my creative and critical thinking ability and skills. Through the process of creative and critical thinking process involved in completing the project also gives me a chance to explore and apply the knowledge and skills regarding this aspect that had been taught by my lecturer, for this subject, Dr Azlineer Binti Sarip.
Lesson learned gained from the project
The lesson that I learned and gained from the project are become more confident, enhance my soft skill as well as improve quality of my time management. I want to make a confession here that, I not quite good in time management. However, through the continuous support and advice that I get from my classmates especially from team members (that joining a theatre), I can improve the quality of my time management. I believe as human being nobody in this world is perfect and to becoming a good person we need learn from the mistake. The second lesson that I learned and gained from the project is regarding teamwork. I really proud and grateful to gets an opportunity to work with my team members that very friendly and hardworking. They are so impressive and superb. Teamwork spirit and commitment that showing by each of my team members, drive me to train more hard to produce a good quality in acting. The last lesson that I gained from this project in term of improving the level of my self- confident to communicate and work with many people that have different characteristics, a way of thinking and perspective towards particular issue or aspect.
Hari ini
Refleksi kelas Group Counseling - 21.2.2018
Refleksi kelas Group Counseling - 27.2.2018
Refleksi kelas Group Counseling - 7.3.2018
Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 7.3.2018, Dr Nasir telah menyampaikan kuliah tentang "GROUP PROCESS" (Proses kumpulan).Daripada sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Nasir,dapat saya fahami bahawa "GROUP PROCESS" merujuk kepada proses dimana interaksi dan sikap yang ditonjolkan oleh ahli kumpulan dengan pemimpin. Ianya boleh dilihat dari 3 aliran dan jalinan interaksi iaitu bagaimana ketua (leader) react (bertindak balas dan berinteraksi ) dengan ahli kumpulan. Keduanya ialah bagaimana ahli kumpulan berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli kumpulan yang lain dan yang ketiga ialah bagaimana ahli kumpulan berinteraksi dan berkomunikasi dengan ketua (leader).
Selain itu, melalui sesi kuliah yang diadakan pada tarikh itu juga, saya berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas tentang Therapeutic force (daya terapeutik).Menurut Dr Nasir setiap kumpulan haruslah memiliki 4 element daya terapeutik iaitu seperti rasa diterima (tiada seseorang pun yang akan dipinggirkan),mengetahui tujuan sepanjang sesi kaunseling dalam kumpulan, rasa kepunyaan (Belongingness) dan rasa selamat (tiada perasaan ragu-ragu terhadap orang lain, percaya, tidak terancam oleh ahli-alhi yang lain). Saya merasakan apabila setiap kumpulan memiliki dan memberi tumpuan terhadap aspek Therapeutic force (daya terapeutik) ianya mampu mampu untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kumpulan yang ditubuhkan.Contohnya apabila Therapeutic force (daya terapeutik) yang dimiliki dalam Group Counseling bagus,maka objektif dan matlamat mengadakan sesi Group Counseling akan tercapai.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 7.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah tentang 15 daya terapeutik (Therapeutic Forces) yang perlu turut diberikan tumpuan dan bertimbangan. Antaranya ialah seperti kejelasan tujuan untuk pemimpin dan ahli (clarity of Purpose for both leader and members).Kejelasan tajuan amatlah penting kerana ianya membantu memastikan ketua dan ahli kumpulan jelas dengan tujuan group dan bagi memastikan topik dan isu yang dibincangkan dan dibahaskan selari dan sepadan dengan tujuan group.
Selain itu tahap kepercayaan ( level of trust). Saya merasakan ianya merupakan antara aspek daya terapeutik (Therapeutic Forces) yang perlu dilihat dan diberikan perhatian yang lebih. Hal ini kerana tahap kepercayaan ( level of trust) ianya boleh dikaitkan dengan aspek integriti.Saya memberi contoh implementasi aspek tahap kepercayaan ( level of trust) dalam sesi Group Counseling.Ahli kumpulan (group members) haruslah mempunyai tahap kepercayaan ( level of trust) yang tinggi pada ketua kumpulan (counselor ,helper) dalam menyimpan kerahsiaan maklumat dan isu yang dikongsikan dan diceritakan semasa menghadiri sesi Group Counseling.
Secara kesimpulan,saya merasakan Therapeutic force (daya terapeutik) haruslah dilihat dan diberikan penekanan yang lebih dan khusus oleh ketua kumpulan dan ahli kumpulan , kerana ianya memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan sesebuah kumpulan (group) ..
Wassalam..
Refleksi kelas Group Counseling 14.3.2017
Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 14.3.2018, Dr Nasir telah menyampaikan kuliah dan berdiskusi bersama saya dan rakan sekelas tentang aspek dan perkara yang perlu dilihat untuk tetapan kumpulan (Group Setting). Antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah tentang tujuan dan matlamat group ( purpose of group). Menurut Dr Nasir, ianya ( purpose of group) berperanan sebagai panduan kepada ketua dalam mengetuai sesebuah kumpulan. Selain itu,tujuan group penting bagi memastikan setiap ahli kumpulan faham dan jelas dengan matlamat atau tujuan yang ditetapkan.Didalam masa yang sama juga,ianya bagi memastikan sesi perbincangan terarah kepada 1 matlamat sahaja.
Selain itu,pada kelas bertarikh 14.3.2017 turut dibincangkan tentang cara dalam menentukan objektif yang sesuai bagi kumpulan.Dalam menetukan objektif yang sesuai bagi sesuatu kumpulan, maka ketua haruslah memahami dengan mendalam segala aspek yang berkaitan dengannya. Dalam kelas itu, Dr Nasir memberi contoh apabila mengendalikan kaunseling kelompok (group counseling) bagi penghuni rumah kebajkan Baitus Solehah, maka ketua yang mengetuai kaunseling kelompok (group counseling) haruslah membuat ulang kaji dan memahami emosi,dilema,persaaan dan gaya dan corak pemikiran penghuni rumah kebajkan Baitus Solehah. Selain itu, pada kelas yang tersebut, turut dibincangkan adakah boleh sekiranya kumpulan mempunyai lebih daripada 1 objektif.Dr Nasir menjelaskan bahawa,ianya dibenarkan.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 14.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah Chapter 4 (Planning). Perancangan (planning) terdiri daripada 2 kategori iaitu Pregroup Planning dan Session Planning. Semasa Pregroup Planning terdapat beberapa perkara yang diputuskan antaranya ialah tentang jumlah sesi untuk kumpulan bertemu (how many session group will meet ?), bila perjumpaan kumpulan (when will group will meet?), siapakah yang sepatutnya menjadi ahli kumpulan (who should the member be?) dan bagaimana ahli ditapis (How will the members be screened?).
Bagi jumlah sesi untuk kumpulan bertemu (how many session group will meet ?) ianya bergantung kepada situasi dan keadaan. Hal ini bagi membolehkan semua ahli dalam kumpulan dapat hadir dan dikumpulkan.
Manakala bagi bila perjumpaan kumpulan (when will group will meet?) ianya bergantung kepada 2 aspek utama iaitu masa (Time of day) dan kekerapan mesyuarat (Frequency of meeting).Ketua yang mengetuai kumpulan theraphy akan mengetuai kumpulan akan mengetuai sebuah kumpulan dalam sehari dan maksimumnya ialah 3
Bagi siapakah yang sepatutnya menjadi ahli kumpulan (who should the member be?) Menurut Dr Nasir ahli kumpulan boleh boleh dipilih daripada individu yang sukarela (volunteer),dipilih (selected), berdasarkan budaya dan latar belakang akademik.
Manakala bagi aspek terakhir iaitu bagaimana ahli ditapis (How will the members be screened?) pula ,ketua haruslah sedar tak semua orang sesuai untuk semua kumpulan.Maka ketua haruslah bijak dalam mengawal perjalanan kumpulan. Hal ini kerana dengan kehadiran individu yang mungkin tidak sesuai dengan kumpulan mungkin akan menjejaskan perjalanan kumpulan.
Secara kesimpulannya,saya merasakan perancangan dalam membentuk kumpulan haruslah diberikan penekanan yang khusus kerana ianya mampu memberi kesan terhadap kualiti dan keberkesanan sesuatu kumpulan yang dibentuk.
Refleksi kelas Group Counseling - 21.3.2018
Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 21.3.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian kuliah Chapter 4 iaitu berkaitan tapisan (screening).Menurut Dr Nasir tapisan (screening) mesti dilakukan kerana tidak semua individu sesuai dengan sesuatu group dan juga bagi memastikan bahawa individu tersebut sesuai dengan group yang akan individu itu sertai. Saya amat bersetuju dengan hujah Dr Nasir berkaitan aspek ini. Hal ini kerana, bagi memastikan individu yang akan menyertai sesebuah kumpulan itu terdiri daripada kalangan mereka yang layak dan sesuai dengan matlamat dan objektif kumpulan diwujudkan.Selain itu, saya berpandangan bahawa melalui tapisan (screening) yang dibuat akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan sesuatu kumpulan yang ditubuhkan.
Namun begitu menurut Dr Nasir juga,terdapat beberapa contoh atau bentuk kumpulan yang tidak memerlukan tapisan (screening) ahli kumpulan.Antaranya ialah "task group", "education group", "discussion group" . Ini kerana topik yang dibahaskan dan dibincangkan dalam group tersebut adalah bersifat UMUM (general). Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyertai group tersebut tanpa memerlukan melalui sebarang tapisan.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menerangkan 5 kaedah atau bentuk tapisan (screening) yang boleh dijalankan.Antaranya ialah "Personal Interview" . Ianya merupakan kaedah tapisan (screening) yang paling bagus dan memberi peluang kepada ketua untuk menerangkan kepada bakal ahli kumpulan (prospective members) tentang peraturan dan process kumpulan yang bakal individu tersebut sertai. Kaedah atau bentuk tapisan (screening) kedua yang boleh diimplimentasi dan diaplikasikan ialah "Written Screening". Kaedah tapisan (screening) ini memerlukan bakal ahli (prospective members) untuk menjawab dan mengisi form soalan.Antara aspek dan perkara yang disoal ialah seperti umur. Jantina dan status perkahwinan . Hal ini penting bagi membolehkan ketua untuk meletakkan bakal ahli (prospective members) mengikut kesesuaian keperluan dan isu yang dibawa.Kaedah atau bentuk tapisan (screening) ketiga yang turut boleh digunakan ialah sumber rujukan (Referral Sources) Melalui kaedah tapisan (screening) ini, ketua akan bertanya kepada pihak atau individu yang berkaitan dengan bakal ahli kumpulan seperti cikgu dan therapist. Hal ini penting, bagi memastikan ketua mendapat maklumat yang mencukupi tentang bakal ahli kumpulan.Manakala kaedah atau bentuk tapisan (screening) keempat yang turut boleh digunakan ialah Comprehensive group program dan yang kelima ialah tapisan selepas kumpulan telah bermula (Screening after the group has begun).Melalui kaedah tapisan (screening) ini memberi peluang peserta untuk melihat sama ada berada dalam kumpulan adalah keputusan terbaik untuk mereka.
Selain itu, semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah tentang "Big-Picture Planning". Menurut Dr Nasir "Big-Picture Planning" ialah merancang dan berfikir tentang topik- topik yang perlu dan wajar dimasukkan dan diperbincangkan. Saya merasakan "Big-Picture Planning" merupakan aspek atau perkara yang penting dan perlu diberikan penekanan yang kukuh terhadapnya.Hal ini kerana melalui "Big-Picture Planning", seseorang ketua dapat merancang dan berfikir secara terpeinci tentang topik yang wajar dimasukkan dann diperbincangkan dalam kumpulan ( kaunseling kelompok).
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menjelaskan tentang 3 fasa sesi iaitu beginning phase,middle phase dan closing phase. Semasa di beginning phase, warm up phase berlaku. Warm up phase membolehkan ketua dan ahli berkenal - kenalan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi memastikan ketua dan ahli - ahli kumpulan berasa selesa dan tidak berasa janggal untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala middle phase pula merupakan fasa dimana sesi perbincangan yang merangkumi isu, permasalahan dan apa- apa aspek yang berkaitan dibincangkan .Akhir sekali ialah closing phase pula merupakan fasa dimana sesi berbincangan berakhir. Semasa di closing phase, ketua haruslah memperuntukkan antara 3-4 minit untuk membuat kesimpulan daripada sesi yang dijalankan.Selain itu, ketua juga haruslah tidak menjadi terlalu riggid dengan masa yang diperuntukkan.Ketua haruslah bijak dalam mengatur masa dan perjalanan kumpulan (sesi kaunseling kelompok).
Secara kesimpulannya, saya merasakan bahawa aspek perancangan perlu diberikan penekanan yang khusus oleh ketua. Perancangan yang bagus berupaya memastikan perjalanan kumpulan (sesi kaunseling kelompok) berjalan dengan lancar dan mengikut seperti mana yang dirancangkan.
Refleksi kelas Group Counseling - 28.3.2018
Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 28.3.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian kuliah Bab 5 iaitu berkaitan fasa dan peringkat permulaan ( Beginning stage and beginning phase) . Antara intipati dan aspek yang diperbincangkan dan diterangkan oleh Dr Nasir semasa membincangkan bab ini ialah tentang bagaimana hendak memulakan sesuatu sesi dalam kumpulan . Menurut Dr Nasir antara perkara dan aspek yang perlu dilihat dan dititikberatkan ialah ketua haruslah menjadi mesra,percaya dan memahami ahli -ahli kumpulannya. Hal ini amat penting bagi memastikan wujudanya satu ikatan hubungan yang kukuh dan utuh antara ketua dengan ahli -ahli kumpulannya.Selain itu juga bagi memastikan sesi kaunseling kelompok yang bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar.
Pada sesi pertama (first session) aktiviti dan perkara yang boleh dijalankan dan dilakukan oleh ketua ialah dengan memberi penerangan secara ringkas (brief statement) yang mengambil masa 1-2 minit yang menjelaskan tentang aspek seperti peraturan, atur cara perjalanan kumpulan yang akan dijalankan. Hal ini penting bagi memastikan ahli -ahli kumpulan jelas dengan peraturan dan perjalanan kumpulan dan sekaligus akan membantu meningkatkan keberkesanan sesi kaunseling kelompok yang akan dijalankan.Selain itu semasa sesi pertama (first session) boleh dijlankan exercise pengenalan diri . Exercise pengenalan diri dijalankan dengan tujuan dan bermatlamat untuk mengeksplorasi dan mengenali ahli -ahli kumpulan yang lain.Perkara ini penting bagi memastikan ahli -ahli kumpulan berasa selesa untuk berkongsi isu, permasalahan, masalah atau apa sahaja yang ingin dikongsikan bersama ahli kumpulan yang lain tanpa rasa kekok dan janggal.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 28. 3.2018, Dr Nasir turut menjelaskan terdapat 8 pilihan kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh ketua untuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session). Disini saya akan menjelaskan 2 daripada 4 kaedah kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh ketua untuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session).
Pertama ialah dengan memulakan dengan penyataan permulaan yang panjang ( long opening statement) tentang kumpulan dan matlamatnya dan seterusnya menjalankan latihan pengenalan diri (introduction exercise).Melalui kaedah atau cara ntuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session) ini, ketua (kaunselor ) akan menerangkan kepada ahli-ahli kumpulannya beberapa perkara yang penting dan perlu difahami oleh setiap ahli -ahli kumpulannya antaranya ialah seperti peraturan perjalanan sesi kaunseling kelompok, tempoh atau durasi masa untuk sesi kaunseling kelompok berlangsung, peranan ketua (kaunselor ) dan juga matlamat serta objektif kumpulan ini diwujudkan .Selepas itu barulah dijalankan latihan pengenalan diri (introduction exercise) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap ahli memperkenalkan diri masing- masing..
Keduanya ialah dengan memulakan dengan penerangan ringkas (brief statement ) tentang kumpulan dan seterusnya terus kepada kandungan (content) yang ingin dibincangkan. Melalui kaedah atau cara ini kebiasannya ahli kumpulan sudah mengenali ketua kumpulannya mereka dan ini sekaligus membolehkan terus menganjak kepada kandungan (content) yang ingin dibincangkan.Kaedah ini secara tidak langsung akan dapat menjimatkan masa dan sekaligus memberi lebih ruang masa untuk membincangkan perkara atau isu yang utama..
Secara kesimpulannya, ketua haruslah menjadi lebih versatile dalam mengaplikasikan dan menggunakan pelbagai teknik atau cara bagi memulakan sesi kaunseling kelompok yang akan dikendalikan olehnnya. Hal ini amat penting bagi menarik perhatian dan minat para ahli untuk terus teruja dan bersemangat untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok akan akan dan bakal mereka lalui...
Wasssalam......
Refleksi kelas Group Counseling -9.4.2018
Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 9.4.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian tentang “Exercise”.Semasa sesi pengkuliahan tersebut Dr Nasir telah membincangkan beberapa perkara dan aspek berkaitan dengan “Exercise” yang meliputi aspek antaranya seperti sebab (reasons), kelebihan (advantages).Antara sebab (reasons), kelebihan (advantages) daripada pengoperasian dan penggunaan “Exercise” semasa mengendalikan sesi group kaunseling ialah seperti dapat meningkatkan tahap keselesaan para ahli kaunseling kumpulan . Sebagai contoh dyad boleh meningkatkan rasa selesa/sedia ketika awal sesi (yang tak kenal).Selain itu juga antara manfaat lain daripada menjalankan “exercise” ialah seperti dalam meningkatkan penglibatan peserta atau member by providing common experience dan juga merangsangkan minat dan tenaga ahli kumpulan.
Semasa sesi kuliah pada tarikh ini juga, Dr Nasir turut menjelaskan kesilapan yang sering dilakukan oleh ketua “group counseling” iaitu memperuntukan masa yang terlalu banyak dan lebih bagi menjalankan “exercise”. Aspek terakhir yang turut dibincangkan dan dibahaskan oleh Dr Nasir bagi tajuk ini ialah berkaitan pada bilakah boleh dilakukan “exercise” dan opening.
Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “exercise” memainkan peranan yang amat penting bagi mewujudkan satu persekitaran hubungan yang harmoni antara semasa ahli kumpulan yang masing- masing belum lagi mengenali antara satu sama lain. Didalam masa yang sama , akan dapat meningkatkan semangat dan keterujaan para ahli “group counseling” untuk mengikuti perjalanan sesi “group counseling” yang dijalankan.
Refleksi kelas Group Counseling - 16.5 .2018
Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 16.5. 2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian tentang “Cutting Off” yang merujuk kepada situasi dimana ketua mencelah dan memotong percakapan yang dilontarkan oleh para ahli “group counseling”. Menurut Dr Nasir, tujuan “Cutting Off” dilakukan adalah untuk beberapa tujuan antaranya ialah untuk memberi peluang kepada member lain untuk bercakap dan untuk melindungi ahli dari perkataan dan ucapan yang kurang sopan yang mungkin akan mengguris hati dan perasaan ahli yang lain. Ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” haruslah memiliki kemampuan dan keupayaan bagi “ cutting off “ iaitu mencelah dan memotong percakapan apabila menyedari terdapat ahli yang cuba menjadi dominant dalam sesi tersebut.
Terdapat beberapa perkara dan aspek penting yang berkait rapat dengan “Cutting Off” iaitu seperti “timing” yang merujuk kepada tindakan Ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” untuk menghentikan ahli sebelum beliau berleter panjang dengan memberi nasihat yang tidak relevan . Selain itu aspek kedua ialah “use of voice” dimana intonasi suara dikuatkan bagi bukan dengan tujuan untuk menghina, sebaliknya untuk menghentikan sesuatu yang tidak membantu dalam perjalanan sesi “group counseling”.
Terdapat 3 cara yang boleh digunakan dalam pengaplikasian “Cutting Off” iaitu “cut and stay with the person”,” cut and stay with the topic” dan juga “cut and leave the person and the topic”. Semasa sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut, Dr Nasir turut menjelaskan beberapa keadaan yang dibenarakan untuk dibuat “Cutting Off” iaitu seperti “when a member’s comment conflict with the group’s purpose”, “when a member is saying something hurtful” dan juga “when a member is saying something inaccurate”.
Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “Cutting Off” merupakan kemahiran dan kualiti yang harus yang dimiliki oleh setiap ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” dalam mewujudkan kesamarataan dari aspek peluang kepada setiap ahli “group counseling” untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja yang ingin disampaikan.. Hal ini penting bagi mengelakkan daripad a berlakunya dominasi oleh seseorang ahli sahaja.
Refleksi kelas Group Counseling - 23.5 .2018
Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 23.5.2018 merupakan kelas terakhir bagi semester ini. Secara peribadi saya berasa sedih kerana perjalanan saya sebagai pelajar di UTM kian menghampiri titik penamat dan saya amat berterima kasih kepada Dr Nasir kerana sudi mengajar saya dan kawan-kawan saya bagi subjek ini.Secara peribadi, saya sudah menganggap Dr Nasir seperti ayah saya sendiri , dimana beliau merupakan insan yang penting dalam perjalanan akademik saya di Utm. Dimana semua sedia maklum, beliau merupakan supervisor PSM saya. Amat payah dan tidak mungkin dapat saya balas jasa yang Dr Nasir buat kepada saya. Terima kasih Dr Nasir,ingatan dan doa saya akan selalu saya iringkan kepada Dr Nasir.
Pada sesi kuliah ini, Dr Nasir menyampaikan kuliah tentang “Drawing Out” yang merujuk kepada kemahiran yang diperlukan bagi menggalakkan ahli kumpulan untuk memberi pandangan terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan seseorang menjadi pendiam iaitu seperti takut ,dimana seseorang individu terlalu risau apa yang mereka fikirkan terhadap diri dia dan takut kepada komen negatif yang dilemparakan oleh orang lain kepada diri mereka. Selain itu sebab kedua ialah “quiet by nature” yang merujuk kepada individu yang memang dilahirkan suka mendengar daripada bercakap. Manakala sebab ketiga ialah “not mentally present” yang merujuk kepada fizikal dan mental tidak selari dan berada jauh bertentangan
Semasa sesi kuliah yang terakhir ini juga, Dr Nasir turut mernjelaskan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi proses “drawing out” seperti “direct method” yang merujuk kepada kaedah dimana meminta ahli ‘group counseling” yang ingin memberi komen atau mempunyai sebarang reaksi terhadap isu dan perkara yang sedang dibincangkan.Kaedah lain yang turut dinyatakan ialah “use of round” iaitu dimana meminta setiap ahli ‘group counseling” untuk memberi komen dan reaksi .Selain itu, “use of written”. Dimana memerlukan setiap ahli group counseling” untuk menyiapkan tugasan bertulis seperti menjawab beberapa soalan dan mengisi isi tempat kosong.
Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “drawing out” merupakan kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” agar menggalakan dan memperkayakan kandungan dan informasi yang terdapat semasa menjalankan sesi “group counseling”