UHMS1182-29 Penghayatan Etika dan Peradaban

Etika Hubungan antara Kaum di Malaysia

Pengenalan

Tugasan berkumpulan ini bertajuk Etika Hubungan antara Kaum di Malaysia dan kumpulan kami mempunyai 6 orang ahli kumpulan iaitu Tan Yong Sheng, Adam Wafi, Luqman Ariff, Myza Nafiza, Ong Han Wah dan saya. Kami telah membahagikan tugasan secara adil dan melaksanakan tugasan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

 

Kami memilih tajuk ini kerana walaupun kepelbagaian kaum telah wujud sepanjang pertubuhan negara ini, tetapi masih wujud unsur – unsur rasisme atau ketegangan antara kaum. Oleh itu, melalui penyelidikan tentang etika dalam hubungan antara kaum di Malaysia ini, kami dapat mengenal pasti punca berlakunya isu ini serta jalan penyelesaian untuk membasmi isu ini. Kami telah menjalankan kajian ini dengan mengumpul data seta respon melalui borang soal selidik (Google Form) dan kami berjaya mendapat sebanyak 120 responden. Selepas itu, kami menganalisis dan membincangkan dapatan kajian ini.

                                        uhms.jpg

                                                                        Rajah 1: Peratusan jantina responden

 

Melalui kajian ini, kami telah mendapat kesimpulan bahawa masalah etika antara kaum bukanlah sekadar isu masyarakat sahaja, tetapai ia juga akan menbawah impak yang serius kepada imej serta sosial-ekonomi negara kita. Oleh itu, kita haruslah saling menghormati dan memperhatikan kesopanan semua bidang dalam pergaulan seharian untuk menjaminkan etika antara kaum di Malaysia.

Etika Hubungan antara Kaum di Malaysia

Video Etika Hubungan antara Kaum di Malaysia