Pemikiran Science And Technology

Pemikiran sains dan technology

Details

Tanggapan Awal Pemikiran Science and Technology

Tanggapan awal saya terhadap kursus pemikiran sains dan teknologi ialah satu kursus yang menceritakan pemikiran orang dahulu terhadap sains dan teknologi. Melalui subjek ini, saya boleh berlajar dan memahami sebab-sebab dan bagaimana mempunyai pemikiran untuk menggunakkan sains dan teknologi. Sebagai contohnya kita boleh nampak bahawa terdapat banyak ciptaan seperti kereta kuda, kalender, cangkul dan lain-lain. Dan pernahkan anda hairan kenapa dan bagaimana mereka mempunyai pemikiran untuk mencipta teknologi tersebut untuk membantu mereka menjalankan kehidupan seharian mereka? Oleh itu, kursus pemikiran sains dan teknologi menjadi penghubung kepada kita untuk memahami dan mengetahui kenapa masyarakat pada zaman dahulu dapat mencipta banyak benda dengan pengetahuan dan teknologi yang terhad.  

 

Dari sudut revelansi dengan bidang pengajian, kursus pemikiran sains dan teknologi boleh dikatakan  mempunyai hubungan dengan bidang pengajian saya iaitu data engineering. Seperti yang kita boleh nampak data engineer mempunyai perkataan engineer dan ini bermaksud kursus saya tidak boleh lari daripada sains dan teknologi. Data engineer ialah satu bidang yang menumpukan perhatian dalam menganalis dan menggunakan sumber data dengan menggunakan komputer bagi menyelesaikan masalah seperti krisis ekonomi, penyakit dan lain-lain. Data engineer merupakan satu bidang yang baru dalam Malaysia kerana kursus data engineer hanya boleh didapati di UTM dan merupakan univeriti awam pertama yang mempunyai kursus ini. Oleh itu, kita boleh nampak bahawa Malaysia sedang berkembang dan semakin maju kerana Malaysia mengikuti perkembangan zaman dengan menumpukan perhatian dalam penggunaan data dalam negara dan hal ini seiras dengan kursus permikiran sains dan teknologi yang menceritakan kepentingan perkembangan sains dan teknologi kepada masyarakat.

 

Dari sudut manfaat bidang sains dan teknologi semakin berkembang kerana kita boleh nampak banyak penggunaan teknologi baru dalam kehidupan kita seperti pembayaran tanpa tunai, kereta yang pandu sendiri, kedai tanpa pekerja, internet 5G, kereta terbang dan lain-lain. Melalui penggunaan teknologi dalam kehidupan kita, ia dapat membantu negara untuk meningkatkan ekonomi dan hasil pendapatan negara. Ini kerana dengan adanya semua teknologi, ia dapat membantu masyarakat kita untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing masyarakat kita dengan negara lain seperti Singapura dan Jepun. Dan perubahan ini memberi masyarakat Malaysia banyak peluang pekerjaan dan memberitahu masyarakat Malaysia supaya mementingkan ilmu pengetahuan supaya tidak disingkir dan diganti oleh teknologi dan robot-robot pada masa akan dating.

 

Dari sudut komitmen dan sumbangan pula, kita boleh nampak Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang dan maju semestinya mempunyai banyak data-data yang banyak dan disimpan dalam loker. Dan perbuatan ini amat membazir dan rugi kerana dengan data-data yang terdapat di negara kita, kita seharusnya menggunakan setiap data yang ada dengan baik dan jimat supaya dapat membantu negara kita mengatasi masalah ekonomi dan kemiskinan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul dan menganalis data tentang peluang pekerjaan dan perbelanjaan masyarakat dalam negara dan mengambil tindakan. Contohnya, melalui data yang kita dapat kita tahu bahawa bilangan doktor dalam negara kita semakin banyak tetapi tempat untuk doktor amat terhad dan hal ini menyebabkan banyak doktor yang menggangur dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dan menambahkan tempat bagi kursus engineer.   

Project arc ractor

Iron man Project

Details

Pendapat Iron Man project

Lecturer pemikiran sains dan teknologi kami telah mengadakan satu pertandingan inovasi di mana kita hendak mencipta satu ciptaan untuk masyarakat. Selepas beberapa perbincangan kumpulan kami bersetuju untuk membuat arc reactor. Arc reactor merupakan satu ciptaan yang boleh digunakan pada jantung pesakit sebagai pacemaker.Dan kumpulan kami dengan bertuahnya mendapat tempat kedua dalam pertandingan inovasi ini.

Refleksi Akhir Pemikiran Sains and Technology

Refleksi akhir saya terhadap pemikiran sains dan technology ialah subjek ini memberi saya banyak pengetahuan dan pengenalan terhadap pemikiran saintis yang memberi sumbangan yang banyak kepada kita dan masyarakat.Melalui pemikiran sains saya dapat mempelajari sebab saintis tersebut mempunyai pemikiran untuk mencipta benda ini dan apa kegunaannya terhadap masyarakat. Selain itu saya juga dapat melibatkan diri dalam proses mencipta sesuatu benda untuk pertandingan cipta yang dianjurkan oleh lecturer saya. Melalui pertandingan ini baru saya tahu betapa susahnya dan banyak perkara yang perlu dilakukan dan disediakan supaya ciptaan tersebut berjaya dicipta. Dan ia juga memberi saya pengajaran bahawa semangat kerjasama dan bertolak ansur amat penting supaya sesuatu benda dapat dilakukan dengan cepat dan baik. Di samping itu, saya juga dapat menambah pengetahuan dalam revolusi perindustrian 4.0 dimana robot akan membantu manusia dalam kehidupan harian.