CL'S PORTFOLIO ON SCIENCE & TECHNOLOGY THINKING (UHIT2302-35)

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut:

1. Kandungan Utama:

Kursus Pemikiran Sains Teknologi memainkan peranan yang amat penting bagi menginsankan seseorang pelajar. Pelajar-pelajar yang telah berjaya menyerap ajaran daripada kursus ini akan menjadi seseorang individu yang seimbang dan tidak menyalahgunakan ilmu sains teknologinya yang dituntut daripada pihak Universiti.

 

2. Relevansi dengan bidang pengajian:

Secara jujurnya isi-isi kursus Pemikiran Sains Pemikiran tidak banyak berkaitan dengan bidang pengajian yang telah saya pilih, iaitu pengajian sains komputer (kejuruteraan perisian). Walau bagaimanapun, kursus Pemikiran Sains Teknologi tetap memainan peranan yang penting bagi menginsankan para pelajar supaya tidak menyalahgunakan ilmu-ilmu yang dituntut.

 

3. Jangkaan manfaat:

Terdapat beberapa jangkaan manfaat menghadiri kursus Pemikiran Sains Teknologi. Manfaat kepada setiap individu yang menghadiri kursus ini adalah pelajar akan dapat diinsankan dari segi pemikiran dan juga kerohanian supaya tidak menyalahgunakan ilmu yang dituntutnya. Seterusnya terdapat juga manfaat kepada masyarakat dan bangsa. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat terdiri daripada individu. Oleh itu, sebuah masyarakat yang terdiri daripada individu yang berinsan semestinya akan menjadi masyarakat yang berinsan. Kesannya, masyarakat yang berinsan akan sentiasa bersatu-padu dan tidak akan memulakan masalah yang dahsyat.

 

4. Komitmen dan sumbangan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus Pemikiran Sains Teknologi ini telah membuat komitmen untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berinsan dari segi pemikiran dan kerohanian supaya tidak menyalahgunakan ilmu untuk keuntungan sendiri. Kesannya, kursus ini telah menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berinsan dan mengurangkan pertikaian yang tidak membantu.