PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI-UICL 2302 (Seksyen 16)

Di sini terdapat harapan dan portfolio penutup bagi kursus PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI - UICL 2032 (SEMESTER 2-19/20)

HARAPAN YANG DIINGINKAN DALAM KURSUS UICL 2302 Seksyen 16

Details

PORTFOLIO PENUTUP

Melalui kursus Pemikiran Sains Dan Teknologi, pelbagai kebaikan yang dapat saya peroleh sepanjang semester ini.

Antaranya ialah saya dapat mempelajari semula sejarah perkembangan sains dan teknologi dari zaman dahulu. Selain itu, melalui kursus ini saya menyedari bahawa perkembangan sains dan teknologi ketika tamadun Islam merupakan salah satu faktor kegemilangan tamadun tersebut. Terdapat beberapa faktor yang membantu memperkembangkan tamadun Islam pada zaman dahulu dan hasilnya umat Islam telah dikenali sebagai satu umat yang terkedepan dalam pelbagai bidang ilmu termasuk bidang sains dan teknologi. Seterusnya, sepanjang mempelajari kursus ini Prof. Madya Dr. Kamarul Azmi Jasmi sering berkongsi video-video yang berkait rapat dengan kursus ini. Pembelajaran melalui video merupakan cara pembelajaran yang berkesan dan menarik kerana ia dapat menjadikan pelajar lebih fokus. Saya juga dapat mengetahui maklumat berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan melalui penghasilan video yang merupakan projek berkumpulan bagi kursus ini. 

Akhir kata, kursus ini memberikan banyak manfaat dan ilmu pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia.