LAPORAN PROJEK AMALI KUMPULAN: RAK KASUT
|
BIL |
NAMA PELAJAR |
NO MATRIK |
PROGRAM |
|
1 |
AROWEN PILET ANAK NEWS |
A19HP3006 |
SHPH |
|
2 |
CHE NUR AMALINA BINTI CHE HASHIM |
A19HP3010 |
SHPH |
|
3 |
DARWISYAH BINTI ABD AZIZ |
A19HP3011 |
SHPH |
|
4 |
NUR AQILAH BINTI ZULKEFLI |
A19HP3055 |
SHPH |
PENGENALAN
Projek amali kumpulan ini dilakukan adalah bagi mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel seperti kikir,gergaji,pahat dan alat pengukur. Sebagai contoh,pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan kikir dengan betul supaya permukaan kayu yang dihasilkan lebih rata disamping mematuhi peraturan keselamatan bengkel. Dalam pada itu,pelajar juga didedahkan kepada teknik mengendalikan mesin kerja kayu. Antara mesin kerja kayu yang terdapat di dalam bengkel adalah radial arm saw,band saw,mitre saw,sander, drill press,jigsaw,table saw dan circular saw. Apabila mengendalikan mesin kerja kayu ini,pelajar perlulah berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri dan kawasan sekeliling.
Terdapat banyak jenis tanggam yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran secara atas talian. Antaranya adalah tanggam lekap,tanggam rencong,tanggam tingkat dan tanggam lekap. Namun,dalam projek ini,pelajar diberi tugasan untuk membuat tanggam mengikut kesesuaian rak kasut yang telah dilakar sebelum menjalankan amali projek rak kasut ini. Dalam amali ini,kumpulan kami telah memilih tanggam rencong,tanggam lubang dan tanggam temu mengikut ukuran dan kesesuaian kayu serta hasil perbincangan yang telah kami lakukan. Pengukuran yang tepat dan aplikasi kaedah yang betul adalah perlu bagi memastikan projek rak kasut ini siap dengan sempurna.
Para pelajar telah didedahkan dengan beberapa bentuk tanggam sebelum memulakan projek membuat rak kasut.Seperti yang kita tahu,tanggam direka bentuk adalah untuk mengukuhkan dan menguatkan keseluruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina. Tanggam mempunyai nilai estetika dan kaedah penyambungan yang kukuh serta sering digunakan dalam industri pembinaan. Oleh itu,aplikasi tanggam telah digunapakai dalam menghasilkan projek amali kumpulan ini.
Projek ini diberikan kepada pelajar adalah untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan dan mesin kerja kayu dengan lebih mahir dan mengikut teknik yang betul.Di samping itu,projek ini dapat mendisiplinkan pelajar dan menanam sikap kerjasama antara satu sama lain.Selain itu,projek ini menguji kecekapan dan ketelitian kami dalam membuat ukuran untuk mendapatkan hasil penyambungan yang tepat.
Oleh itu,projek amali rak kasut ini merupakan satu pendedahan yang amat penting kepada pelajar untuk menjadi bakal-bakal guru pada masa akan datang.Pengurusan masa sistematik dan faktor keselamatan juga amatlah dititikberatkan dalam proses menyiapkan projek ini.
OBJEKTIF PROJEK
Projek amali rak kasut secara berkumpulan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Teknologi Kayu SHPL 1002-01. Sebelum projek rak kasut ini dijalankan, kami berbincang dan membuat lakaran mengikut kreativiti dan ukuran rak kasut yang diingini. Oleh itu kumpulan kami telah bersetuju untuk membuat rak kasut dengan meletakkan tiga tanggam untuk mengukuhkan lagi struktur rak kasut yang dihasilkan. Antara objektif menghasilkan projek rak kasut ini adalah untuk:
- Menggalakkan pelajar memberi pendapat tentang idea lakaran rak kasut terbaik yang akan dipilih untuk projek kayu ini.
- Memupuk sikap kerjasama antara rakan kumpulan dalam menyiapkan projek rak kasut ini bermula dari proses lakaran sehingga proses kemasan rak kasut.
- Mendedahkan kepada pelajar tentang alatan tangan yang sesuai dan fungsi setiap alatan tangan dalam projek ini.
- Mendedahkan kepada pelajar tentang mesin kerja kayu yang sesuai dan fungsi setiap mesin dalam projek rak kasut ini.
- Meningkatkan kreativiti pelajar dalam membuat tanggam yang sesuai dengan kayu yang diperoleh disamping ukuran yang tepat.
- Menguji ketelitian pelajar dalam mengukur dan membuat tanggam supaya projek rak kasut dihasilkan dengan sempurna.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri keselamatan yang perlu dipatuhi terutamanya dalam mengendalikan mesin kerja kayu.
PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL KAYU (KERJA KAYU)
KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN DALAM BENGKEL:
Bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja-kerja praktikal. Oleh itu, persekitaran dan pengudaraan bengkel mestilah selesa dan selamat untuk melakukan pekerjaan. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi seperti:
- Memastikan peralatan disusun kemas dan selamat bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini.
- Mempunyai pengudaraan yang baik dan segar.
- Memastikan mempunyai pencahayaan yang sempurna.
- Pastikan keadaan sekeliling bersih dan kemas serta hendaklah dibersihkan setlah melakukan kerja selepas melakukan kerja-kerja bengkel.
- Perlu mengetahui tempat alat pemadam api dan peti pertolongan cemas supaya memudahkan pelajar atau tenaga pengajar mencari jika berlaku kecemasan.
- Fahami semua arahan arahan yang dipaparkan di Pelan Kecemasan.
KESELAMATAN AM
- Menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah.
- Jangan memakai barang kemas seperti gelang,rantai dan cincin.
- Elakkan berambut panjang dan memastikan rambut sentiasa kemas .
- Gunakan pakaian pelindung atau sarung tangan semasa menggunakan cat minyak.
- Tidak dibenarkan bergurau semasa menjalankan amali.
- Jangan cemas jika berlaku kemalangan dan kecederaan.
- Mengemas peralatan selepas digunakan kaedah betul.
- Basuh tangan dengan betul selepas melakukan kerja amali.
LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN
Faktor keselamatan amatlah ditiktikberatkan di dalam setiap bengkel. Namun malang tidak berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Dan perkara yang paling penting dan harus diberikan keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:
- Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan).
- Faktor persekitaran bengkel.
- Peralatan yang digunakan.
LANGKAH KESELAMATAN PADA DIRI
- Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.
- Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan semasa amali.
- Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa di dalam bengkel.
- Memahami langkah kerja dengan betul sebelum memulakan kerja dengan mendapat bimbingan pensyarah sekiranya terdapat sebarang keraguan
- Cuci tangan selepas bekerja Jika berlaku kemalangan, maklumkan segera kepada kepada pensyarah.
LANGKAH KESELAMATAN TEMPAT
- Bengkel hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih lantai yang kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
- Pastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik
- Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api dan pertolongan cemas.
- Memastikan jarak yang sesuai digunakan ketika melakukan kerja amali
- Kemaskan tempat setlah melakukan kerja dilakukan.
LANGKAH KESELAMATAN ALATAN
- Elakkan menyentuh alat-alat ataupun bahagian-bahagian yang tajam pada mesin dan peralatan
- Buangkan benda tepi yang tajam pada kawasan melakaukan amali seperti paku yang tidak digunakan di atas meja
- Laporkan kepada pensyarah atau tenaga pengajar jika terdapat alatan tidak berfungsi dengan baik.
- Bersihkan alatan yang telah digunakan dn meletakkan tempat yang asal mengikut peraturan yang telah disediakan.
BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
BAHAN
- Kayu
- Bahan utama yang digunakan di dalam projek kayu.
- Skru
- Sebagai pencantum dan pengikat pada kayu
- Ia digunakan untuk melekatkan logam dengan kayu
- Untuk mengetatkan skru atau menurunkan beban
- Melonggarkan skru atau menurunkan beban
- Memberikan cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku.
ALATAN TANGAN UNTUK MENGUKUR DAN MENANDA
- Pita pengukur
- Untuk mengukur jarak yang panjang dan pendek
- Boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.
- Sesiku L
- Membuat garisan bersudut tepat (90°)
- Menguji kepersegian
- Menguji kerataan permukaan kayu
- Membuat garisan tegak dan selari.
- Pembaris keluli
- Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.
- Menguji kerataan permukaan kayu.
- Tolok Serong
- Menanda garis yang bersudut 45 darjah.
- Menguji ketepatan tepi serong.
- Pensel tukang
- Untuk membuat garisan semasa kerja merancang tanda.
- Untuk menanda bentuk atau bahagian benda kerja dan lain-lain.
ALATAN TANGAN UNTUK MENGAPIT DAN MENYANGGA
Di dalam proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja kayu atau logam, alat- alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
- Ragum meja
- Untuk memegang benda kerja semasa melaksanakan kerja kayu.
- Apit-G
- Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat dan digergajikan.
- Untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit bersama-sama kayu kecil agar permukaan kayu tidak rosak.
- Digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka mengikut benda kerja sementara dan sebagainya.
ALATAN MENUKUL
- Gandin kayu
- Untuk memukul alatan berhulu seperti pahat tepi serong.
- Untuk memahat dan memasang menanggalkan tanggam.
ALATAN MENAJAM
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Kegunaan kikir ialah memotong,menipis dan melincinkan permukaan sesuatu komponen kerja. Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin. Pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.
- Kikir pipih rata
- Digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segi empat sama secara kasar.
- Boleh untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segi empat sama
- Berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal.
- Pahat
- Meraut, memahat dan menatal tanggam.
- Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong.
- Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah antara 30° hinggan 35°.
MESIN
-
Band saw
- Mesin ini menggunakan band blade untuk menggerakkan mesin blade disokong oleh drive wheel, idle wheel dan penggerak blade
- Kaedah ‘continous blade’
- Dua jenis iaitu ‘vertical band saw machine’ dan ‘horizontal band saw machine’
-
Bench drill
- Mesin gerudi untuk proses melubang
- Mempunyai meja untuk melapik bahan kerja
- Mata gerudi boleh ditukar mengikut saiz lubang yang diiginkan.
- Kelajuan boleh dilaraskan dengan bersesuaian pada jenis kerja dan jenis bahan projek.
- Mesin gergaji jig
- Memotong benda kerja.
- Memotong lurus.
- Memotong bersudut.
- Memotong bentuk lingkaran.
- Sesuai untuk memotong bahan seperti kayu, logam lembut.
-
Belt sander
- dipasang dari sepasang drum yang berputar untuk memutar amplas pita sehingga mampu menghaluskan permukaan dengan efektif.
- Pergerakan yang sangat agresif dan bagi pemula cukup sulit untuk digunakan.
- Mengamplas permukaan kayu atau substrat yang masih kasar.
- Mengupas cat saat proses refinishing.
- Menghaluskan permukaan yang cukup luas.
-
Radial arm saw
- Memotong kayu mengikut sudut yang diingini.
- Daun gergajinya berada di atas meja yang dapat berjalan atau bergerak sepanjang lengan (arm).
- Dipegang oleh satu tiang (column) yang dipasang dengan baut pada rangka meja dari besi
- Jenis potongan yang sesuai digunakan oleh mesin ini ialah memotong biasa, sama panjang, serong, rencong, membelah kayu.
-
Miter saw
- Untuk membuat pintasan pantas dan tepat pada sudut yang dipilih.
- Gergaji ini membolehkan memotong lebih dari satu sudut. bagi menghasilkan pemotongan serong.
- Pada mesin ini, di bahagian lengan akan berputar dan boleh memiringkan bilah ke satu sisi, sehingga mencapai pemotongan serong.
- Di dalamnya, sudut berbeza dari 45 hingga 55 darjah serta ia juga mempunyai fungsi yang menyediakan putaran kepala sebanyak 15; 22.5 dan 30 darjah.
-
Cordless screw driver
- Menggunakan bateri boleh cas semula ‘Rechargeable Battery’
- Melonggarkan dan mengetatkan skru dengan cepat dan tepat.
- Bindunya boleh dilaraskan untuk:
- Mengetatkan skru: Putar bindu ikut arah jam
- Melonggarkan skru: Putar bindu lawan arah jam.
LANGKAH PENGHASILAN PROJEK
- Langkah 1
- Pertama sekali, kami perlu membuat tandaan pada setiap kayu dan seterusnya melakukan ukuran sebelum meneruskan proses seterusnya iaitu memotong.
- Langkah 2
- Seterusnya, barulah kami memotong kayu mengikut ukuran yang telah ditanda sebentar tadi. Proses memotong kayu dilakukan dengan berhati-hati untuk mendapatkan hasil akhir rak kasut yang stabil dan kukuh.
- Langkah 3
- Untuk bahagian tanggam terutamya tanggam lubang, kami perlu memahat kayu tersebut untuk mendapatkan ukuran lubang tanggam yang diinginkan.
- Langkah 4
- Kami juga menggunakan ‘Bench Drill’ untuk membuat lubang untuk memudahkan kami memahat bahagian tanggam lubang.
- Langkah 5
- Sebelum melakukan sambungan pada rak kasut tersebut, kami melicinkan setiap daripada kayu dengan menggunakan mesin ‘Belt Sander’ supaya permukaan kayu kelihatan cantik dan licin.
- Langkah 6
- Setelah selesai melicin, barulah kami membuat sambungan untuk rak kasut tersebut untuk mengenalpasti apakah kekurangan yang perlu diperbaiki sebelum rak kayu dipasang dengan skru.
- Langkah 7
- Setelah sambungan kelihatan stabil dan tidak ada apa-apa perubahan atau penambahbaikan yang perlu dibuat, barulah kami meneruskan proses seterusnya iaitu memasangkan skru pada setiap bahagian rak kasut yang hendak disambungkan.
- Langkah 8
- Akhir sekali, hasil akhir projek sudah siap disambungkan dan kestabilan rak kasut tersebut diuji.
KAEDAH KEMASAN YANG DICADANGKAN UNTUK RAK KASUT
Untuk projek rak kasut ini, kami bercadang untuk menggunakan beberapa kaedah dalam membuat kemasan akhir bagi rak kasut tersebut. Ini adalah untuk memperkemas dan mencantikkan lagi rak kasut yang telah kami hasilkan disamping untuk membuatkan rak tersebut tahan lama dan tidak mudah reput. Selain itu, kemasan yang dilakukan juga adalah untuk memberikan daya tarikan tertentu pada rak kasut tersebut dan kami berhajat untuk mengekalkan nilai sentimental pada kayu tersebut.
Antara kemasan yang kami cadangkan adalah dengan menggunakan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu supaya ianya kelihatan cantik dan yang paling penting adalah supaya kayu tersebut tidak terasa tajam terutamanya pada sudut kayu. Dengan menggunakan kertas pasir, kami bukan sahaja dapat mencantikkan rak kasut tersebut, malahan juga ianya adalah untuk menjamin keselamatan pengguna rak kasut tersebut kelak supaya tidak tertusuk atau tergores bahagian kayu yang tajam. Dengan ini, kertas pasir adalah salah satu penyelesaian yang terbaik bagi masalah ini.
Seterusnya, kami juga bercadang untuk menggunakan syelek untuk melakukan kemasan pada rak kasut tersebut. Ini kerana, syelek bukan sahaja dapat mencantikkan permukaan kayu, malahan juga dapat melindungi kayu daripada mudah rosak atau mereput. Sama seperti tona kayu juga, kami juga bercadang untuk menggunakannya sebagai kemasan akhir kerana fungsinya adalah lebih kurang sama seperti syelek itu untuk mencantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu. Di samping itu juga, dengan menggunakan kedua kemasan ini, kami dapat mengekalkan nilai sentimental pada kayu tersebut di mana ira kayu masih kelihatan dan ianya akan membuatkan rak kasut yang kami hasilkan kelihatan klasik dan elegan.
Yang terakhir sekali adalah lekar jernih dimana kami bercadang untuk menggunakannya sebagai kemasan akhir kerana ianya merupakan kemasan yang membuatkan rak kasut yang kami hasilkan kelihatan berkilat. Seperti yang kita tahu, varnis ataupun lekar jernih merupakan bahan kemasan akhir yang disapu pada permukaan kayu dan kami merasakan ianya amatlah sesuai untuk projek rak kasut yang telah kami hasilkan ini.
HASIL AKHIR PROJEK RAK KASUT
PERMASALAHAN DAN CARA MENGATASI
MASALAH
- Pemilihan tanggam.
- Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan projek ini sangat singkat berikutan tempoh masa kelas amali dipendekkan.
- Jangka hayat mesin mudahalih kerana tidak dicas sebelum kelas bermula.
- Penggunaan mesin yang terhad.
- Sewaktu kami ingin mencantumkan kesemua tanggam, kami memerlukan skru untuk mencantumkan. Bilangan ukuran skru kami perlukan agak terhad.
CARA UNTUK MENGATASI
- Perbincangan untuk memilih tanggam dan satu model percubaan dibuat bagi memastikan tanggam tersebut sesuai dengan saiz kayu yang diberikan.
- Kami perlu menyusun gerak kerja dan juga pembahagian kerja kepada ahli kumpulan supaya kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mesin mudahalih yang ada perlulah dicas sebelum kelas bermula dan mesin perlu diperbanyakkan bagi mencukupi kapasiti yang pelajar perlukan.
- Merancang kerja supaya mesin dapat digunakan secara bergilir-gilir.
- Kami perlu merangka semula projek kami supaya pengunaan skru dapat dimaksimakan.
REFLEKSI
AROWEN PILET ANAK NEWS (A19HP3006)
Sepanjang saya menyiapkan amali projek ini, banyak input yang saya perolehi dimana kami telah didedahkan dengan penggunakan mesin yang mana sebelum ini saya sendiri tidak pernah menggunakan mesin seperti ‘Radial Arm Saw’, ‘Belt Sander’, ‘Miter Saw’, ‘Bench Saw’ dan sebagainya. Ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga pada diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, saya juga belajar bagaimana untuk menggunakan alatan tangan yang lain dan saya merasa sungguh bertuah kerana kami diajar dengan teknik yang dalam menggunakan alatan tangan seperti pahat, kikir, gergaji dan sebagainya.
Dalam projek ini, perkara utama yang diambil kira adalah teknik penghasilan tanggam bagi rak kasut yang telah kami hasilkan. Disini, saya bersama dengan ahli kumpulan yang lain telah bersama-sama memikirkan tanggam apakah yang sesuai digunakan untuk menyambungkan rak kasut tersebut sebelum kata putus akhirnya tercapai dan kami telah memilih tanggam lubang, tanggam rencong dan tanggam temu. Disini saya merasakan bahawa, tanpa adanya pendedahan awal daripada pensyarah dan tenaga pengajar, sudah semestinya kami menghadapi kesukaran dalam memilih tanggam yang sesuai untuk rak kasut kami ini.
Di samping itu juga, dalam menghasilkan projek ini, saya dan ahli kumpulan yang lain telah bersama-sama dalam menyiapkan projek ini dan kami perlu menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya. Secar tidak langsung, saya telah belajar erti kerjasama di antara ahli kumpulan dan juga saya telah belajar bagaimana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Semasa menyiapkan projek ini, kami berpecah kepada beberapa bahagian seperti menanda, memotong, mengukur, melicin dan sebagainya. Setiap daripada kami mempunyai tugas masing-masing dan ini sedikit sebanyak telah mempercepatkan lagi proses menyiapkan projek amali ini.
Akhir sekali, hasil daripada projek amali ini, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya perolehi daripanya yang mana ianya amat berguna apabila saya telah memasuki alam pekerjaan kelak.
CHE NUR AMALINA BINTI CHE HASHIM (A19HP3010)
Sepanjang menjalankan amali projek membuat rak kasut,saya telah mengetahui tentang jenis-jenis tanggam. Sebagai contoh,tanggam lekap,tanggam lubang dan tanggam parit. Seperti yang kita tahu,tanggam direka bentuk adalah untuk mengukuhkan dan menguatkan keseluruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina. Tanggam mempunyai nilai estetika dan kaedah penyambungan yang kukuh serta sering digunakan dalam industri pembinaan. Oleh itu,aplikasi tanggam telah digunapakai dalam menghasilkan projek kumpulan ini.
Seterusnya,saya juga telah mempelajari teknik membuat tanggam dengan betul supaya penyambungan yang dibuat dapat dipadankan dengan kemas. Sepanjang proses membuat tanggam pada kayu untuk penyambungan rak,saya juga mempelajari cara membuat tanggam dengan menggunakan alatan tangan yang betul contohnya kikir,pahat,apit G,gandin kayu dan gergaji tangan,mesin kerja kayu seperti radial arm saw,bench drill dan table saw. Pada mulanya,teknik yang digunakan adalah salah,tetapi apabila kami telah diberi penerangan oleh pensyarah dan pengajar,kami dapat menghasilkan rak kasut dengan teknik dan ukuran yang betul.
Di samping itu,setelah proses membuat kayu selesai,kami melakukan proses kemasan dengan menggunakan sander dan cat. Akhir sekali,projek rak kasut dapat dihasilkan mengikut ukuran dan kerjasama dari ahli kumpulan yang lain.
DARWISYAH BINTI ABD AZIZ (A19HP3011)
Setelah selesai projek ini, saya mempelajari mengenai fungsi dan kegunaan tanggam. Pemilihan tanggam yang baik dapat menghasilkan projek kerja kayu yang baik dan kukuh. Penggunaan mesin dan alatan yang bagus dapat menghasilkan tanggam yang kemas dan tepat dari segi ukuran. Tanggam yang sempurna dan baik, kita dapat lihat secara kasarnya daripada penghasilan projek kerja kayu tersebut. Sepanjang proses menyiapkan projek ini, pensyarah dan juga pengajar banyak membimbing dan memberi nasihat dari segi pemilihan tanggam, penggunaan mesin dan pemilihan kayu yang sesuai bagi tanggam yang dipilih supaya tanggam tersebut muat dan sesuai
Antara cabaran yang kami hadapi sewaktu menyiapkan projek ini adalah kekangan masa untuk menyiapkan projek ini. Masa yang diberikan adalah 2 minggu sahaja. Minggu pertama kami memilih kayu, pemilihan tanggam dan membuat ukuran kayu. Minggu kedua kami memotong kayu dan mencantumkan tanggam. Kerjasama dari rakan sepasukan membantu untuk menyiapkan kerja kayu. Usaha kami berjaya menyiapkan projek ini dengan pantas dan baik dibantu dengan sokongan dan bantuan pensyarah dibengkel. Walaupun bengkel kekurangan alatan tangan, kami dapat menyusun gerak kerja kami supaya masa tidak disia-siakan dan projek dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
NUR AQILAH BINTI ZULKEFLI (A19HP3055)
Semasa dalam proses menyiapkan projek rak kasut ini, saya telah mempelajari banyak pengalaman yang berguna. Walaupun projek ini mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan, saya tetap bersyukur kerana akhirnya saya dan rakan sekumpulan dapat melaksanakan projek ini dengan sempurna dan baik.
Selain itu, saya juga mempelajari bermulanya dari perancangan masa yang betul, penandaan, pemotongan, kemasan pada kayu yang digunakan serta alatan tangan dan penggunaaan yang diperlukan perlu diguna dengan cara yang betul atas bimbingan daripada pensyarah dan pengajar. Hal ini boleh menghasilkan rak kayu lebih kualiti dan kemas.
Seterusnya, saya juga mempelajari kaedah pembuatan tanggam dengan betul supaya penyambungan yang dibuat dapat dipadankan dengan kemas dan tepat seperti tanggam rencong, tanggam temu dan tanggam lubang. Sepanjang proses membuat tanggam, saya juga mempelajari menggunakan alatan tangan yang betul dan penggunaan mesin seperti ‘Miter Saw’, ‘Bench Saw’ dan sebagainya.
Akhir sekali, projek tanggam pada rak kasut ini dapat dihasilkan mengikut ukuran dan kaedah yang betul serta saya dan rakan sekumpulan dapat menguatkan semangat dan mengambil cabaran serta berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.