PELITA AIDILFITRI 2021
Pelita Aidilfitri 2021 merupakan anjuran daripada Kolej Perdana (KP) bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada pelajar yang terkandas di kolej semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Objektif utama program ini adalah memasang pelita di sepanjang kawasan kolej sehingga iaitu Kolej Perdana. Program ini telah dilaksanakan oleh ramai pihak terutamanya daripada Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM), Kolej Perdana dengan penghuni kolej itu sendiri. Saya selaku JKM kolej pada masa itu telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) teknikal untuk program ini dan kami harus memastikan pelita dapat dipasang sebelum menjelang Aidilfitri.
Program ini diberikan masa selama 2 minggu untuk dilaksanakan bermula daripada penghasilan kertas kerja, pencarian AJK, pembelian bahan dan alatan dan seterusnya proses pemasangan pelita. Ianya memerlukan ketekunan dan kerjasama dari semua pihak kerana tanpa kerjasama yang jitu daripada semua ahli pasukan, sudah semestinya program sebegini tidak dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya objektif program tidak dapat dicapai.
RELEKSI KENDIRI
Sepanjang program ini dijalankan, banyak pengalaman yang saya perolehi terutamanya apabila melibatkan kerja berpasukan. Ini kerana, program ini harus dilaksanakan dalam pasukan dan ianya tidak ajak berjaya sekiranya kita tidak menunjukkan semangat kerjasama dalam pasukan. Sepanjang saya menjadi AJK Teknikal bagi program ini, saya perlu memastikan pelita dipasang tepat pada masa dan kedudukannya supaya semasa menjelang Aidilfitri, ianya dapat dinyalakan. Ianya mungkin satu program yang kecil, akan tetapi ianya memberi kenangan yang terindah kepada semua penghuni Kolej Perdana terutamanya kerana pada asalnya program ini memang dilaksanakan untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri bagi penghuni kolej yang terkandas akibat PKP.
Sepanjang Aidilfitri, kami selaku AJK harus memastikan minyak pelita sentiasa penuh dan pada waktu malam ianya harus dinyalakan. Itu merupakan rutin harian yang kami lakukan sepanjang Aidilfitri. Setelah tamatnya Aidilfitri, barulah AJK yang terlibat akan mencabut semua pelita tersebut dan seterusnya melakukan kerja pembersihan sekiranya ada sisa-sisa pelita atau sampah di sepanjang pelita itu dipasang.
Kesimpulannya, program ini banyak memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Muslim yang terkandas semasa PKP. Ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan mereka terhadap kampung halaman, suasana kampung, keluarga dan sebagainya. Dengan program yang kecil sebegini, sudah semestinya mereka dapat merasai suasana kampung itu walaupun sedikit.