UHIT23O2-33 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

TANGGAPAN AWAL PST

Tanggapan saya terhadap kursus permikiran sains dan teknologi adalah merupakan sebuah platform dimana mahasiswa dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang sains teknologi.Mahasiswa juga dapt mempelajari dan mempraktikan cara pemikiran luar kotak dan meningkatkan kemahiran mereka.Dalam kursus pemikiran sains teknologi juga mahasiswa dapat mempelajari dan mendalami cara pemikiran tokoh-tokoh terdahulu yang berhasil mencipta sesuatu yang baharu didalam sains dan teknologi serta menkaji revolusi sains dan teknologi sepanjang zaman.

REFLEKSI AKHIR

Melalui kursus ini, saya dapat mempelajari berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.  Di samping itu, kursus ini juga menekankan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi dalam konteks Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 dan usaha ke arah menginsankan sains dan teknologi.

Sepanjang mempelajari kursus ini, banyak manfaat yang saya perolehi. Saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan  kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan runsing, serta membuat penilaian yang baik disamping meningkat kebolehan berfikir secara kritis. Melalui aktiviti kumpulan dalam kursus ini, saya dapat belajar bertolak ansur dan berkerjasama dengan rakan-rakan yang lain tidak kira bangsa dan agama. Ini dapat memupukkan lagi semangat  perpaduan dalam diri saya.

Akhir sekali, kursus ini memberi banyak pengalaman dan ilmu kepada saya serta meningkat keyakinan diri. Hal yang demikian adalah kerana melalui pembentangan di dalam kuliah dan juga pertandingan inovasi yang berlangsung dimana saya dan rakan dapat membentangkan idea inovasi kami.

Sekian 

PERTANDINGAN INOVASI PST

Refleksi pertandingan inovasi pemikiran sains dan teknologi yang dilakukan secara berkumpulan

Details