UKQF2132-01 CATERING SERVICE

Catering Service: Reflection

Bahan - Bahan :

a)BAHAN PASTRI (SHELL TART)

- 170g mentega

- 35g gula asing

- ½ sudu the esen vanilla

- 1 biji kuning telur/ telur gred C

- 290g tepung gandum

 

b)BAHAN-BAHAN FILLING TART TELUR

- 50g gula pasir

- 110g air panas

- 1 sudu makan susu pekat manis

- 45g susu cair/susu full cream

- 1/2 sudu the esen vanilla

- 2 biji telur

- 1/2 sudu besar tepung kastad

- Sedikit pewarna kuning telur

 

c)TOPPING

- Buttercream

- Kiwi

 

d)BAHAN-BAHAN BUTTERCREAM

- 250g mentega

- 130g gula icing (diayak)

 

CARA-CARA MEMASAK:

a)PASTRY (SHELL TART)

1. Sebatikan butter dan gula asing.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.

3. Akhir sekali, masukkan tepung. Gaul hingga tidak melekat di jari, simpankan doh sekejap di dalam peti sejuk (lebih kurang 30 minit).

4. Keluarkan doh, tekan ke dalam acuan di gris sedikit shortening. Cucuk sedikit dengan garfu dasarnya dan bakar selama 20 minit pada suhu 150-160c.

 

b)FILLING TART TELUR

1. Kacau gula dengan air panas sampai gula hancur.

2. Masukkan semua bahan yang lain. Tapis ke dalam bekas dan tuang ke dalam shell yang telah dibakar terlebih dahulu.

3. Tuang penuh dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180c. Guna api atas bawah. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari shell kena ketika shell panas agak rapuh sedikit.

*INFO:

1. Bila sudah nampak macam gelembung naik macam telur cepat cepat angkat.

2. Resepi tart telur (saiz 6.5cm/7cm) boleh dapat dalam 35biji.

 

c) BUTTERCREAM & TOPPING

1. Biarkan mentega pada suhu bilik buat seketika.

2. Pukul bila mentega lembut sedikit, tapi masih bersuhu sejuk. Ini keadaan terbaik supaya icing kembang dan cantic.

3. Masukkan gula sesudu demi sesudu bagi memastikan ia betul betul sebati. Pukul dengan kelajuan tinggi. Bila adubab tidak berpasir lagi apabila dirasa dengan jari, bermakna ia sudah siap.

4. Titikkan pewarna kegemaran dan pukul rata.

5. Masukkan ke dalam piping bag dan mulakan menghias.

Refleksi

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur dan penuh terima-kasih kepada Dr. Mohd Zolkifli Bin Abd Hamid dan Puan Hasnah Binti Md Amin yang telah membantu kami pelajar kursus Servis Katering (UKQF2132 / UKQA2142) seksyen 1, khusus kumpulan 2 yang telah berjaya melaksanakan pembelajaran servis dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan kumpulan 2 yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Saya juga turut berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam program ini. 

Di samping itu, berdasarkan maklum balas yang telah diterima daripada komuniti yang telibat, saya mendapati bahawa video kumpulan kami tentang egg tart with buttercream and kiwi amatlah memerlukan penambahbaikkan, khususnya dari segi penyampaian dan komunikasi dalam menarik perhatian penonton. Yang pertama, kemahiran berkomunikasi dalam mempersembahkan proses memasak haruslah jelas agar penonton yang terlibat dapat fokus merolehi maklumat yang disampaikan, maklumat yang disampaikan juga haruslah teliti dalam menerangkan setiap langkah. Yang kedua, pelbagai sudut harus diambil kira untuk menjadikan konten video adalah lebih menarik, hal ini turut mengambil kira teknik rakaman dan teknik penyuntingan. Maklum balas yang diterima telah banyak memberikan pengajaran kepada saya untuk sentiasa berfikir kreatif dan melihat dari sudut penonton. 

Sepanjang program ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat, bermula dari perkongsian resepi dari kumpulan 2 dan kumpulan-kumpulan lain di mana resepi yang dikongsi adalah sangat unik dan menyelerakan setelah diolah oleh pelajar-pelajar sendiri. Saya juga dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran yang sedia-ada ketika menyunting video dan poster kumpulan 2. 

Pembelajaran servis ini turut mengajar saya erti bersyukur dan terus berusaha dalam menempuh pelbagai kekangan dalam melaksanakan program ini.