TRANS TITIWANGSA V1

WhatsApp Image 2021-01-12 at 01.56.25.jpeg

Tarikh : 31 Jabuari 2020 - 8 Februari 2020

Tempat : Banjaran Titiwangsa

Jawatan yang disandang : Pengarah

 

LAPORAN MINI

Terdapat banyak kelab mendaki atau kelab rekreasi yang terdapat di UTM. SRC adalah salah satu kelab rekreasi yang berada di UTM. Student Recreation Club ataupun dikenali sebagai SRC adalah kelab rekreasi yang mempunyai 4 jabatan utama iaitu jabatan air, jabatan tali, jabatan mendaki dan juga jambatan basikal. Kelab ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat dinding, berbasikal, berkayak dan banyak lagi. Trans Titiwangsa V1 juga merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh SRC iaitu aktiviti mendaki tiga puncak gunung tertinggi di semenanjung Malaysia, antara puncak gunung-gunungnya ialah Puncak  Gunung Yong Belar, Puncak Gunung Korbu dan Puncak Gunung Gayong. Trans merupakan merentas manakala Titiwangsa pula ialah banjaran tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kepad semenanjung Malaysia yang membawa maksud Expedisi merentas Banjaran Titiwangsa. 

 

Program ini berlansung selama 8 hari bermula daripada 31 januari 2020 sehingga 8 februari 2020. Sebanyak 24 orang peserta telah menyertai program ini iaitu seramai 17 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan. Pada tarikh 31 januari 2020  pada hari jumaat kami bertolak dari UTM pada pukul 6.47 petang dan sampai ke masjid al-mutaqqin di ulu kinta Perak pada pukul 2.30 pagi dan berehat di masjid sebelum memulakan pendakian. Kami mula pendakian pada pukul 11.30 pagi dan pendakian berlansung selama 6 hari. 7 februaru 2020 kami bergerak pulang ke UTM pada pukul 6 petang dari cameron highland dan sampai ke UTM pada keesokan harinya pada pukul 4 pagi. Trans Titiwangsa V1 merupakan salah satu treks mendaki yang paling degemari oleh para pendaki di Malaysia mahupun pendaki di luar negara. Kami berasa sangat bangga dan gembira kerana dapat menghabiskan program ini tanpa ada sebarang kecederaan yang serius.

 

REFLEKSI DIRI

 

 Sebagai pengarah program ini banyak pengajaran dan ilmu yang saya dapat pelajari daripada program ini. Aktiviti-aktiviti seperti ini banyak memberi pengajaran dan ilmu baru yang dapat dipraktikan oleh kita antaranya ialah dapat ilmu survival, boleh belajar cara-cara hidup di dalam hutan dan banyak lagi. Ia juga memumpuk semangat kerjasama yang kuat apabila kita hanya seramai 24 orng saja yang berada didalam hutan selama 6 hari dan hanya bergantung antara satu sama lain shaja, selain itu juga tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan otak menjadi lebih cerdas. Selanjutnya, kita juga dapat menguatkan emosi kita daripada senang marak kerana kita akan berjalan selama berjam-jam tetapi tidak tertekan kerana pemandanan alam sekitar yang indah membuat diri kita lebih tenang lagi. saya juga dapat mempelajari ilmu-ilmu asas dlam kehidupan seperti memasak kerana kebanyakan peserta haruslah pandai memasak untk makan pada hari-hari mendaki kerana di dalam hutan tidak ada kedai makan. Apabila kita bertungkus lumus mendaki kita akan mendapat pengakhiran yang indah sekali kereana pemandangan di atas puncak cantik sekali dan tidak apat dirasai oleh orang yang tidak berada di puncak bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.