SUKFAS (SUKAN FALKULTI SAINS) 2018

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM :

WhatsApp Image 2021-01-09 at 4.12.13 PM.jpeg.3.jpeg

Tarikh : 17 November 2018

Tempat : Padang Ragbi UTM

Jawatan yang disandang : Peserta bolak sepak wakil Jabatan Matematik

 

LAPORAN MINI

 

SUKFAS merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh para pelajar Falkulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Acara sukan ini dibuka penyertaannya kepada semua pelajar Falkulti Sains dan Jabatan Biologi serta diwajibkan kehadiran bagi semua pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 Falkulti Sains.

 

 Pada 17 November 2018, acara SUKFAS ini disertai seramai 535 orang peserta dan diadakan di padang Ragbi UTM. Bermula dari jam 7.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Acara SUKFAS dimulakan dengan acara larian dan mewajibkan semua para peserta yang tidak menyetai apa-apa pertandingan yang telah ditetapkan. Pada tahun 2018, acara SUKFAS bertemakan sukan rakyat. Selari dengan temanya, pertandingan yang dipertandingan juga merupakan sukan rakyat. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah permainan teng-teng, seoak raga, boling kelapa, bola sepak, bola beracun, tuju selipar, dan acara kemuncaknya adlah tarik tali. Selain daripada pertandingan-pertandinagan ini, acara sukaneka juga diadakan bagi staf yang jadir pada hari tersebut seperti membawa bola ping-pong menggunakan sudu dan pelbagai lagi. Sesuai dengan adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. SUKFAS 2018 berjaya diungguli oleh para pelajar daeipada Jabatan Kimia dan membawa piala pusingan

 

REFLEKSI

Sebagai pesrta tahun 1 daripada Jabatan Matematik, tidak dinafikan SUKFAS merupakan salah sayu medium yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya dan rakan-rakan daripada Falkulti sains serta senior-senior Jabatan Matematik dan juga para staf yang ada. Dengan menyertai SUKFAS, saya sedar bahawa menjadi seorang pelajar saya perlulah seimbang daripada segi belajar dan juga bersukan. Bersukan jugak dapat menjadikan diri lebih cergas dan otak menjadi lebih cerdas. Hal ini akan memberikan impak positif kepada kondisi diri kita apabila belajar. Selain daripada itu, sebagai wakil daripada Jabatan Matematik dalam acara bola sepak, saya dapat bergaul dan mengenal senior dengan lebih rapat, hal ini juga menjadikan saya tidak berasa janggal apabila berada di sekeliling junior. Saya juga dapat memumpuk semangat kerjasama antara kumpulan apabila bermain bola sepak. Selain itu juga saya belajar untuk tidak cepat mengalah dan selalu menyokong rakan-rakan saya. Kesimpulannya, aktiviti ini banyak memberikan impak positif terhadap diri sya dan rakan-rakan dari aspek luaran dan juga dalaman