SEMARAK ZOOLUNTEER DAY
Tarikh : 24 November 2018
Tempat : Zoo Johor, Johor Bahru
Jawatan yang disandang : AJK Multimedia
LAPORAN MINI
SKETARIAT MAHASISWA PERAK (SEMARAK) merupakan salah satu kelab anak negeri yang wujud di UTM. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menghimpunakan anak-anak Perak yang menuntut di UTM dan melakukan pelbagai program bagi mengeratkan hubungan diantara ahli kelab. SEMARAK ZooLunteer Day merupakan salah satu program yang dilaancarkan oleh SEMARAK untuk mengumpul anak-anak Perak sambil melakukan kerja amal serta dapat mengeratkan hubungan antara ahli kelab. Program ini dilaksanakan pada 24 November 2018 yang berlokasi di Zoo Johor, Johor Bahru. Program ini mempunyai penyertaan seramai 34 orang ahli SEMARAK. Zoolunteer bermaksud menjadi "Volunteer" atau sukerelawan dalam membantu pekerja zoo dalam membersihkan zoo sama ada kawasan sekeliling zoo mahupun kawasan kandang haiwan.Beberapa aktiviti juaga dilakukan didalam program ini selain menjadi sukarelawan antaranya ialah aktiviti explorace dan lain-lain lagi. Program sukarelawan ini telah berjaya dilakukan sebanyak 2 kali oleh kelab SEMARAK dan berharap dapat melakukannya lagi.
REFLEKSI DIRI
Sebagai salah seorang AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat apabila bekerja di dalam satu kelompok kumpulan. Walaupun kami mempunyai beberapa kesulitan dalam mengendalikan program ini tetapi progam ini dapat berlansung seperti yang dirancangkan dan tiada masalah besar yang berlaku. Para peserta berasa seronok dan dapat merasai pengalaman baru dalam membersihkan kandang haiwan serta dapat memberikan mereka makan. Ia juga merupakan pengalaman yang baru dah tidak boleh dilupakan oleh saya. Banyak kebaikan yang akan kita dapat apabila melakukan aktiviti sukarelawan ini antaranya ialah sentiasa memumpuk diri supaya sentiasa bersyukur. Apabila melihat pekerja zoo membersihkan kandang haiwan ia adalah bukan kerja yang mudah tetapi masih dapat melakukannya dengan tenang dan ikhlas menunjukkan sentiasa bersyukur dengan kerja yang dilakukan. Selain itu, ia juga dapat memumpuk semangat kerjasama dan semangat tolong menolong. Ini kerana apabila kita sentiasa bekerjasama semua kerjaa akan menjadi mudah seperti kita dapat membersihkan kandang haiwan dengan lebih cepat apabila melakukannya bersama-sama. Kami juga melakukan aktiviti explorace setah selesai membersihkan zoo, hal ini dapat memumpuk semanagat berkumpulan dan tidak malu untuk berinteraksi anatara peserta. Akhir sekali, saya berharap program sukarelawan seperti ini haruslah diperbanyakan lagi bagi memumpuk pelbagai nilai murni didalam diri anak muda serta dapat membantu orang ramai di luar sana.