IKATAN KASIH SEMARAK (IKS) 4.0
Tarikh : 4-5 Oktober 2019
Tempat : Pantai Pasir Lanun, Mersing
Jawatan yang disandang : Pengarah program
LAPORAN MINI
SEMARAK merupakan salah satu kelab yang ada di UTM. SEMARAK ataupun dikenali sebagai Sketariat Mahasiswa Perak merupakan kelab yang anak negeri Perak yang mengumpulkan pelajar-pelajar yang datang dari Perak dan menuntut di UTM. Ikatan Kasih SEMARAK (IKS) 4.0 ialah perjumpaan yang dilakukan sebagai sual kenai antara ahli baru SEMARAK dan senior SEMARAK. Program ini berlansung selama 1 hari 1 malam yang diadakan di Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor pada tanggal 4 hingga 5 oktober 2019. Program ini disertai oleh 31 orang Mahasiswa UTM. Kami bertolak dari UTM pada pukul 5 petang pada hari jumaat dan pulang pukul 5 petang pada hari sabtu. Penyetaan program ini diutamakan kepada para junior yang baru sahaja menyertai SEMARAK. Bersesuaian dengan tema sual kenal antara senior dan junior pelbagai aktiviti yang kami lakukan disana bagi mengeratkan lagi hubungan kami.
Program ini belancar dengan jayanya dan dapat mencapai objekttif kami untuk mngeratkan atau sual kenal sama ada ahli baru mahupun sesama ahli yang sudah lama. Setiap perserta telah diberikan sagu hati dan beberapa hadiah untuk setiap aktiviti yang disertai.
REFLEKSI DIRI
Saya telah deberikan tugas sebagai pengarah program oleh pengerusi kelab kami untuk menjalankan program IKS dengan jayanya. Ini adalah pertama kali untuk saya mengendalikan program sebesar ini semasa menuntuk di UTM. Banyak yang saya dapat pelajari daripada mengadalikan program ini daripada carta alir memulakan suatu program sehingga menjalankan program tersebut pada hari kejadian. Saya mendapat banyak pertolongan daripada senior-senior SEMARAK serta daripada rakan-rakan yang sama tahun menyertai kelab itu. Walaupun menghadapi kesukaran dalam mengendalikan program ini diatas sebab masa yang tidak mencukupi dan sibuk dengan tugasan yang banyak, kami sering memberi kerjasama yang baik dalam menolong antara satu sama lain. Selain itu juga saya terpaksa membuat perjumpaan pada waktu malam kerana tidak mahu menggangu wakru belajar rakan-rakan saya dan mereka memberikan sokongan yang positif pada setiap perjumpaan. Penyertaan daripada ahli-ahli baru SEMARAK memberikan satu impak yang positif kerana ramai yang ingin menyertainya. Daripada pengalaman saya dapat mempelajari supaya dering bertanya kepada orang-orang sekeliling ataupun orang yang lebih arif daripada kita untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. Selain itu juga, kita haruslah menjaga perasaan orang lain untuk memastikan tidak memeberikan impak negatif dalam sesuatu kelompok kumpulan. Akhir sekali, pengajarn yang sering kita dapat apabila berkerja dlam kumpulan ialah kerjasama. Walupun perkara ini kelihatan lapuk tetapi tidaak ramai yang dapat memberikan kerjasama yang bagus apabila berada dalam sesuatu kumpulan. Tetapi di dalam program ini kerjasama yang deberikan amatlah baik dan menjadikan program ini berjalan dengan sangat lancar. Saya akhiri dengan kata - kata mutiara, berjalan sendiri membuatkan kita berjalan laju tetapi berjalan ramai-ramai membuatkan kita berjalan dengan lebih jauh. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi insan yang membangunn