PANDANGAN SAYA TERHADAP TITAS
Pada mulanya saya beranggapan bahawa subjek TITAS ini seperti subjek Pendidikan islam tetapi rupa-rupanyanya saya seperti belajar semula subjek Sejarah Tingkatan 4. Tetapi ia tidak mengapa bagi saya kerana ianya ilmu juga. Ilmu wajib dituntut seperti apa yang Nabi pernah sampaikan kepada umatnya. Kelebihan yang saya dapat daripada subjek TITAS ini ialah dengan adanya aktiviti kemasyarakatan di mana pelajar UTM dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang luar dan aktiviti ini juga dapat memupuk sifat prihatin, simpati dan empati dalam diri pelajar itu sendiri.