Falsafah dan Isu Semasa(Narsisisme)

       

Image

Narcissisme

Narsisisme atau dalam bahasa inggersinya(narcissism) adalah bermaksud perasaan cinta sehingga taksub terhadap diri sendiri yang berlebihan. Orang yang mengalami gejala ini disebut sebagai narsisis atau dalam bahasa inggerisnya(narcissist).Istilah ini pertama kali digunakan dalam psikologi oleh Sigmun Freud merujuk kepada Narkissos iaitu seorang watak dalam mitologi Yunani yang dikisahkan terlalu taksub penampilan dirinya sehingga diumpan mencintai bayangannya sendiri di kolam.Ketaksuban diri sendiri memakan dirinya sendiri sehingga mati lalu mayatnya bercambah sekuntum bunga.

        Narsisisme dilihat sebagai satu nilai yang sihat dimana seseorang tersebut berhenti untuk bergantung kepada standard dan prestasi orang lain untuk membuat dirinya bahagia.Namun begitu,apabila sifat perasaan ini berlebihan melepasi tahap yang dibenarkan, perasaan ini dapat menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologi. Kelainan keperibadian atau disebut juga sebagai penyimpangan keperibadian merupakan istilah umum bagi sejenis penyakit mental seseorang.