Graduate Success Atttribute

GSA: CABARAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN SEBAGAI PENGURUS ASRAMA KTDI (UTM)

WhatsApp Image 2018-12-19 at 11.22.57 PM.jpeg

Nama : ALEEF HYQAL BIN HILMERIZA (A18CS0023)

Berdasarkan temubual yang telah saya jalankan bersama Pn. Norsidah binti Hj. Othman, iaitu selaku Penolong Pengurus Asrama Kolej Tun Dr. Ismail, terdapat beberapa cabaran dan masalah yang dihadapi oleh beliau. Antara cabaran tersebut adalah mengenai laporan atau aduan pelajar kolej KTDI itu sendiri. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak dapat berjanji kepada pelajar mengenai aduan yang dibuat itu akan selesai dalam masa yang terdekat kerana aduan tersebut perlu sampai kepada Pejabat Harta Bina UTM (PHB) dan diproses dengan teliti sebelum apa apa tindakan diambil oleh pihak kolej. Kebiasaannya, mereka akan mengupah juruteknik dalaman tetapi apabila juruteknik dalaman tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut, mereka akan mengupah juruteknik luar. Mereka akan mengenal pasti dahulu kerosakan yang berlaku sama ada kecil atau besar. Apabila berlakunya kerosakan yang besar, mereka akan lantik kontraktor luar yang mengambil proses yang lama untuk dilaksanakan.

Dari segi penempatan pula, kemasukan pelajar daripada luar atau antarabangsa menyebabkan asrama menjadi terhad. Cabarannya, pihak kolej terpaksa menempatkan mereka bersama pelajar yang sedia ada duduk di dalam kolej dan menyediakan kelengkapan infrastruktur yang lengkap dan selesa untuk mereka. Walaubagaimanapun, perkara tersebut masih lagi dalam perancangan pihak atasan tetapi jika perancangan tersebut dilaksanakan, pelajar tahun satu yang wajib duduk di dalam akan menjadi tidak wajib apabila di tahun kedua. Cara untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan menjadikan bilik perseorang menjadi bilik yang didiami oleh 2 orang pelajar. Mereka akan menambah perabot yang lengkap sesuai untuk 2 orang pelajar. Dengan cara ini, lebih ramai pelajar dapat dimuatkan walaupun bilik tersebut agak sempit. Pihak dibawah UPKK yang merancang kemasukan pelajar pelajar tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa penempatan akan menjadi terhad dan berkurangan.

Cabaran lain pula adalah mereka perlu meneliti struktur bangunan-bangunan kolej selari dengan pertambanhan bilangan pelajar yang meningkat. Masalah yang sering dihadapi adalah masalah air. Contohnya yang sering berlaku di blok MA4, MA5, MA6 dan MA7 di mana apabila pelajar di aras bawah menggunakan air secara serentak, di aras atas berkemungkinan tidak dapat menggunakan air kerana air tersebut menjadi lambat. Beliau menjelaskan bahawa pelajar sering menyalahkan pihak kolej kerana tidak memperbaiki masalah tersebut walhal pihak kolej telah mengambil tindakan sejurus aduan tersebut dilakukan. Terdapat juga masalah lain seperti kebocoran paip air di rumah rumah felo terutamanya bilik yang mempunyai tandas persendirian. Perkara tersebut boleh diatasi dengan membuat pemeriksaan berkala di kawasan yang sering mengalami kebocoran paip air.

Mereka perlu meneliti bangunan dan kemudahan yang ada  serta sedaya upaya memberi yang terbaik untuk keselesaan pelajar misalnya dari segi perabot dan juga penempatan yang kondusif lebih lebih lagi dengan penambahan pelajar yang akan datang. Banyak kerosakan perlu diambil kira dan diambil tindakan. Pn. Norsidah dan pihak kolej hanya menerima aduan dan menghantar laporan kepada PHB dan PHB yang akan menentukan tindakan yang seterusnya. Pihak PHB tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak kolej mengambil tindakan sendiri dan jika berlaku sebarang masalah. Walaubagaimanapun, pihak kolej boleh ambil tindak dengan syarat mendapat nasihat dari pihak PHB dan melalui prosedur yang ditetapkan oleh mereka.