MAKLUMAT PELAJAR
- First name: AIZUL AZRI BIN ROZLI
- Student ID: A18PP3008
- Email address: aizulazri@graduate.utm.my
- Country: Malaysia
MAKLUMAT PERIBADI
| Maklumat | Penerangan |
| Nama | Aizul Azri Bin Rozli |
| Umur | 23 Tahun |
| Tarikh Lahir | 21 Ogos 1997 |
| Bangsa | Melayu |
| Agama | Islam |
| Asal | Selangor |
| No.Telefon | 013-4181660 |
| No.Telefom Rumah | Tiada |
| Alamat Tempat Tinggal | No 1 Jalan Dm 1/3 Taman Desa Mas 48000 Rawang Selangor |
| Waris | Siti Kamariah Binti Ismail |
| No.Telefon Waris | 019-3220301 |
MAKLUMAT KELUARGA
| Maklumat | Penerangan |
| Bapa | Rozli Bin Mohd Idrus |
| Umur | 52 Tahun |
| Pekerjaan | Bekerja Sendiri |
| Ibu | Siti Kamariah Binti Ismail |
| Umur | 50 Tahun |
| Pekerjaan | Pembantu Pentadbir |
| Bilagan Adik Beradik | 2 Daripada 5 |
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
PENDIDIKAN RENDAH
| Sekolah | Sekolah Kebangsaan Taman Desa |
| Pencapaian | UPSR'09 |
| Keputusan | 3A 1B 1C |
PENDIDIKAN MENENGAH
| Sekolah | Sekolah Kebangsaan Taman Desa |
| Pencapaian | Sijil Peperiksaan Malaysia |
| Keputusan | 5A 2B 1D 1E |
PENDIDIKAN TINGGI
| Institusi | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah |
| Pencapaian | Diploma Kejuruteraan Mekanikal '17 |
| Keputusan | PNGK: 3.58 |
| Institusi | Universtiti Teknologi Malaysia |
| Pencapaian | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Mekanikal) |
| Keputusan | PNGK: 3.78 (SEM 2/8) |
TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN
- Memastikan komunikasi antara pelajar dan guru sentiasa diamalkan di dalam dan luar bilik darjah untuk membentuk keyakinan pelajar dalam berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa.
- Merancang dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai pada situasi atau keadaan yang sesuai dengan pengajaran yang berlaku.
- Memantapkan lagi pendidikan di sekolah melalui perbincangan antara ibu bapa (PIBG) atau seumpamanya bagi mewujudkan interaksi dan gabungan dua hala antara sekolah dan komuniti.
- Menggalakkan idea idea baharu oleh guru guru muda agar profesion keguruan sentiasa diperbaharui mengikut peredaran zaman.
FALSAFAH PENGAJARAN
Teori pengajaran yang saya jadikan sandaran ialah teori/falsafah pengajaran :
B.F Skinner (1904-1990)
Falsafah yang digunapakai oleh pakar ini ialah falsafah teori tingkah laku (Behaviorism Theory). Berdasarkan kajian beliau iaitu kajian ke atas tikus dengan menggunakan kotak Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia. Menurut eksperimen yang dilakukan beliau iaitu pembelajaran melalui pelaziman atau pembelajaran secara berturut turut ke atas tikus. Sebagai contoh apabila tikus lapar, tikus hanya perlu menekan butang untuk mendapatkan makanan. Menurut beliau juga, eksperimen yang dilakukan menunjukkan bahawa satu gerak balas akan terwujud sekiranya terdapat ganjaran. Akhir kata, Skinner menegaskan bahawa peneguhan secara lazim boleh mendatangkan kesan positif atau negatif bergantung kepada cara pembelajaran yang diberikan.
OBJEKTIF PENGAJARAN
Berdasarkan RPH kelas teori:
Di akhir pembelajaran murid dapat
- Mengenali dan Mengetahui fungsi jenis jenis komponen yang diguna pakai pada pemasangan kipas siling. (T1 T2)
- Memahami cara pendawaian pada saluran elektrik yang perlu disambung pada kipas siling yang hendak dipasang. (T1 T2)
- Mempelajari dan Membezakan kekuatan tenaga elektrik yang diperlukan bagi memastikan motor yang diguna pada kipas tidak terlebih kuasa elektrik (overflow current). (T1 T2 T3 T4)
Berdasarkan RPH kelas amali:
Di akhir pembelajaran murid dapat
- Memilih peralatan tangan yang bersesuaian untuk digunakan pada kerja yang dilakukan dan mengaplikan teknik penggunaan peralatan dengan betul. (T1 T2 T3)
- Memasang dan menghidupkan kipas siling tersebut dengan teknik dan cara pemasangan yang betul dan selamat disarankan oleh penyelia. (T1 T2 T3 T4)
- Memastikan wayar yang dipasang mengikut unit dilakukan dengan betul dan cara pemangan mengikut pendawaian yang ditetapkan. (T1 T2 T3 T4 T5)
T= Berdasarkan Carta Taksonomi Bloom
KAEDAH PENGAJARAN
PEMBELAJARAN SECARA PERBINCANGAN
Kaedah ini ialah untuk melibatkan perancangan di pihak pengajar dan persediaan di pihak murid.Secara teori nya pengajar harus berhati-hati merancang pengalaman, murid-murid akan menelaah semua kata kata pengajar kerana percaya bahawa pengajar dilatih untuk mengajar dan untuk kerjasama dalam kaedah ini murid-murid harus memahami bacaan yang diberikan dan hadir ke kelas pada masa yang ditetapkan dan bersedia untuk belajar.
Cara Melaksanakan
- Mewujudkan kumpulan
- Sediakan Tugasan
- Perbincangan
- Pembentangan
Kebaikannya
- Memupuk dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kelas.
- Boleh digunakan dalam semua bidang utama pembelajran.
- Melatih pelajar untuk berfikiran kritikal dan berkemahiran dalam pemikiran aras tinggi.
- Pelajar dilatih untuk lebih bersedia dalam apa jua situasi yang mereka akan lalui kelak.
PEMBELAJARAN DALAM MENGAJAR
Kaedah pengajaran ini, murid akan mengambil alih peranan guru dan mengajar rakan-rakan mereka. Murid yang mengajar boleh mengajar secara berkumpulan atau sebagai individu. Mereka perlu mengkaji dan memahami topik dengan cukup baik untuk mengajar rakan-rakan mereka. Dengan adanya murid mengambil bahagian dalam proses pengajaran, mereka mendapat keyakinan diri dan mengukuhkan kemahiran berbahasa dan komunikasi.
Cara Melaksankan
- Menetapkan tempat kejadian
- Menekankan fokus utama pembelajaran
- Mengulang-ulang perkara yang diajar (Repeated Content)
- Ujian Bertulis
- Pemarkahan dalam Rekod
Kebaikannya
- Bahan yang digunakan boleh difahami pelajar kerana pelajar mengkaji
- Bertujuan untuk menghasilkan tindak balas automatik pelajar (memorising)
- Pengukuhan yang berterusan kerana pelajar diingatkan secara terus dan berulang ulang.
PEMBELAJARAN SECARA KUMPULAN
Menekankan semangat pentingnya kerjasama dan tanggungjawab terhadap rakan sekumpulan yang lain kearah objektif dengan mempertimbangkan idea idea daripada rakan rakan lain dan menggabungkan idea idea lain untuk mengeluarkan solusi yang terbaik kepada pemasalahan yang dihadapi.
Cara Melaksanakannya
- Membahagi murid kepada beberapa kumpulan
- Mengagihkan atau mencampuradukkan tanpa mengira latar belakang pelajar tersebut
- Memastikan kesimbangan setiap kumpulan itu terjadi kerana kerjasama antara pejar lemah dan tidak.
Kebaikannya
- Mampu mengasah bakat murid dalam kerja berkumpulan
- Kemahiran berkomunikasi dapat dibentuk di samping memahami keperluan dan pertolongan rakan rakan lain.
- Pengajaran akan lebih mudah berlaku kerana perbincangan dilakukan bersama murid murid yang sebaya.
- Murid cemerlang akan menjadi fasilitator untuk membimbing rakan rakan mengenai masalah yang perlu mereka selesaikan.
KETERANGAN BAHAN PENGAJARAN
Bahan Bantu Mengajar:
- Set alatan tangan yang disediakan di bengkel untuk digunakan oleh pelajar dan guru untuk melaksanakan pengajaran amali. Penggunaan alatan ini akan direkodkan dan dipantau kegunaannya oleh penyelia bengkel.
- Buku manual sebagai nota tambahan yang lebih terperinci seperti ukuran sebenar atau fungsi komponen yang diperlukan serta cara pemasangan yang betul yang diberikan oleh pengeluar atau pengilang.
- Laptop dan projector digunakan untuk memaparkan video di dalam kelas, slaid kandungan pelajaran atau seumpamanya sebagai satu inisiatif menerapkan teknologi dalam pendidikan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.
- Slaid pengajaran ditambah untuk memudahkan dan dapat menarik perhatian pelajar dengan model atau kreativiti di dalam slaid pembentangan.
- Video merupakan inisiati kandungan pembelajaran yang terbaik kerana boleh membantu untuk memproses maklumat visual. Dalam erti kata lain, otak lebih pantas bertindak balas terhadap visual berbanding teks semata mata.
- Bahan berbentuk fizikal seperti komponen yang digunakan dalam pengajaran amali, bahan ini diperlukan untuk menarik pelajar supaya lebih mengenali pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan. Otak manusia akan lebih bertindak pada sesuatu yang terlihat dan boleh dipegang.
USAHA MEMPERBAIKI PENGAJARAN
Jangka masa pendek
Merancang dan menyediakan bahan pembelajaran yang mampu memberi impak positif kepada murid dalam pembelajaran dan menyokong usaha-usaha kearah perkembangan kemahiran individu setiap pelajar untuk menjadikan pelajar mampu berfikiran lebih kritikal dan mampu menyelesaikan masalah secara dewasa. Maklum balas dari murid memain peranan penting dalam menilai prestasi pengajaran guru di dalam kelas.
Jangka masa panjang
Mendapatkan bimbingan secara berkala dari guru-guru cemerlang untuk lebih faham teknik-teknik dan pendekatan pengajaran terkini dan melatih lebih banyak guru guru muda untuk membentuk komuniti guru yang saling menyokong usaha memartabatkan institusi pendidikan. Mendekatkan diri dengan golongan mahir membantu usaha-usaha penambahbaikan melalui pembentukan mentor-mentee atau mewujudkan kumpulan kecil.
Berterusan
Satu usaha yang berfokus kepada pembentukan sahsiah diri dan beretika sebagai figur tauladan kepada rakan guru dan pelajar. Manakala setiap tindakan yang dilakukan perlu dilakukan dengan penuh profesionalisme bagi mengekalkan komunikasi yang berkesan antara warga sekolah dan komuniti setempat. Ini kerana pendedahan maklumat terkini dapat dihasilkan melalui kemonikasi antara dua hala iaitu melalui pihak sekolah dan komuniti luar.
PENILAIAN PENGAJARAN
Perbandingan di antara penilaian formatif dan sumatif.
| Penilaian Formatif | Jenis Perbezaan | Penilaian Sumatif |
| Ujian formal atau tidak formal untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran | PENGERTIAN | Ujian formal untuk mengesan pencapaian pelajar dalam sesuatu tahap persekolahan |
| Mengesan penguasaan pelajar serta memperbaiki kelemahan pelajar | TUJUAN | Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajarna dan pemeringkatan gred murid. |
| Ujian formal atau tidak formal semasa P&P secara individu atau kelas. | AKTIIVITI | Ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan |
| Semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran | MASA | Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran |
|
Tidak formal (soal jawab) Formal (ujian bertulis) |
BENTUK | Ujian secara lisan dan ujian bertulis |
| Individu dan kelas | SASARAN | Kelas dan Tingkatan |
| Meliputi sesuatu kemahiran | LIPUTAN | Meliputi beberapa unit pembelajaran. |
Skema pemarkahan pelajar mengikut pembelajaran FORMATIF.
Skema pemarkahan pelajar mengikut pembelajaran SUMATIF.
Sistem pemarkahan pelajar bergantung pada penerimaan seorang pemeriksa iaitu bermaksud penerimaan pemeriksa untuk memberi markah yang tinggi kepada pelajar berdasarkan pemikiran KBAT pelajar serta fakta tepat yang terdapat pada buku teks dan bahan pembelajaran yang lain.
HASIL PENGAJARAN
Melalui objektif saya sebelum pengajaran, tertera adalah hasil selepas pengajaran dan pembelajaran, murid murid akan dapat:
- Menentukan kegunaan sesuatu jenis komponen mengikut fungsi yang mereka perlu gunakan pada pemasangan kipas siling. (T1 T2 T3 T4)
- Menilaikan cara pendawaian terbaik yang perlu disambung pada kipas siling yang hendak di pasang. (T1 T2 T3 T4 T5 T6)
- Menilaikan bahawa kekuatan elektrik yang digunakan pada kipas siling bergantung pada kekuatan elektrik yang di-setting oleh mereka. (T1 T2 T3 T4 T5 T6)
- Menentukan peralatan tangan yang harus digunakan berdasarkan situasi yang mereka lalui. (T1 T2 T3 T4 T5 T6)
Berdasarkan Taksonomi Bloom
REFLEKSI KENDIRI
Melalui kerja portfolio ini saya dapat lebih memahami untuk mengatur langkah dan menyusun cara kerja yang perlu dilakukan oleh saya untuk menempuh kerjaya sebagai pengajar/pendidik kelak. Secara tidak langsung ianya juga dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan yang perlu saya lakukan sebagai pendidik baru. Selain itu, saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan laporan portfolio ini. Di samping, saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan rakan saya untuk mendapatkan pendekatan yang lebih efisien untuk menarik murid lebih suka terhadap pengajaran kelak. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Dengan kerjasama pelbagai pihak,akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan portfolio saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dan saya berpuas hati dengan portfolio yang bentangkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga kelak dengan penglibatan saya terhadap membuat kerja portfolio ini kelak saya lebih memahami cara susun atur dan cara untuk menjalankan kerja mendidik dengan lebih mudah.
RUJUKAN
- Deria kaca mata, professionalisme guru, July 2013. http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html
- MohdFadzil education4.0, semakan taksonomi bloom dan carta taksonomi bloom, september 16 2019 - http://mohdfadzil.com/2019/09/semakan-semula-taksonomi-bloo.html
- Fadhilahfateha, teori skinner dalam pembelajaran pelaziman, september 21 2010 - http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/
- Delia Andrade - Bf skinner profile references and theory behaviorism, 23 July 2012 - https://dandradebehaviorism.weebly.com/bf-skinner.html
- Demonstration method as strategy for education : B.Ed. Notes. 21 August 2017,https://physicscatalyst.com/graduation/demonstration-method/
- SPPI Ijazah sarjana muda serta pendidikan (pengajian islam), Kriteria Penilaian Pelajar, 2020 -https://humanities.utm.my/education/sppi/k3/
- Gred markah pemeriksaan UPSR,PT3 Dan SPM,https://www.permohonan.my/gred-markah-peperiksaan-upsr-pt3-dan-spm/