MINI REPORT
Webinar bertajuk "Successful Resume Writing and Video Writing" merupakan program anjuran UTM Career Centre, Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Jun 2022. Webinar ini disiarkan secara online melalui UTM Career Centre Facebook Live disamping Cik Farah Zulkifli dijemput untuk berkongsi pengalaman serta ilmu dalam menghasilkan resume yang berkualiti. Webinar tersebut dimulakan dengan menjelaskan pengertian graduan serta perbezaan antara resume dan cv. Program tersebut diteruskan dengan beliau memberi tips tentang perkara penting yang perlu diletakkan didalam resume seperti malumat diri, pengalaman dan lain lain sama ada melalui tulisan mahupun video. Melalui program ini juga, Cik Farah berkongsi akan pengalaman beliau dalam menghasilkan resume untuk digunakan dalam pencarian pekerjaan.
SELF REPORT
Saya telah menyertai webinar yang bertajuk "Successful Resume Writing and Video Resume" pada 13 Jun 2022. Bertepatan dengan objektif webinar iaitu mengajar cara cara untuk menghasilkan resume yang berkualiti, saya telah memperoleh pelbagai ilmu yang baharu terutamanya cara menghasilkan resume melalui video. Selain itu, melalui program ini juga saya hendaklah bertanggungjawab dalam mempelajari serta membuat persediaan dengan lebih awal sebelum memasuki alam pekerjaan seperti mempelajari cara cara untuk menghasilkan resume yang baik. Pogram ini juga mengajar saya bahawa saya hendaklah sentiasa fokus dan terperinci dalam melakukan apa jua pekerjaan demi menghasilkan sesuatu yang bermutu.