MINI REPORT
Program yang dinamakan sebagai "How To Get Yourself Employed" ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu serta membantu para graduan dalam memahami proses pencarian kerja disamping membimbing mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Antara objektif program ini diadakan adalah menyebarkan kemahiran dan menyediakan pelbagai pengetahuan untuk para graduan dalam membuat persediaan untuk budaya kerja. Disamping itu, meningkatkan kemahiran staf akademik untuk menjalankan sesi temu bual secara tidak formal bersama pelajar dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan syarikat multinasional juga merupakan antara objektif sepanjang program ini berlangsung.
SELF REPORT
Terdapat pelbagai perkara baharu yang saya pelajari sepanjang saya menyertai program ini. Antara nya adalah, saya memperoleh ilmu tentang cara cara untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang pelajaran yang saya ceburi serta . Selain itu, saya juga sedar bahawa saya tidak boleh terlampau memilih pekerjaan kerana terdapat ramai graduan diluar sana yang tidak mempunyai pekerjaan hanya kerana mereka memilih pekerjaan berdasarkan populariti dan demi memperoleh hasil yang tinggi. Sebagai seorang yang ingin mempunyai masa hadapan yang cerah, saya harus mengatur perjalan hidup saya dengan lebih awal dan teratur dimana saya hendaklah memulakan pencarian pekerjaan dan peroleh banyak pengalaman demi membentuk masa hadapan saya.