DATA ENGINEERING SYMPOSIUM

Maklumat Ringkas Program:

Tarikh: 27 April 2021
Masa: 2.15 sehingga 4.00 pm
Penyampai: Qistina Batrisyia Binti Azman Shah, Data Engineer Professional Services
Tempat: Facebook, @persakaUTM
Jawatan: Ahli biasa 

FinalizedPoster-1024x1024.jpg

MINI REPORT

Data Engineering Symposium '21 atau lebih dikenali sebagai DESYMP '21 merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) pada 27 April 2021. Program ini disiarkan secara online melalui PERSAKA Facebook Live. Seorang penceramah pakar dari TMONE yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Cik Qistina Batrisyia binti Azman Shah telah dijemput untuk berkongsi pandangan beliau mengenai landasan kerjaya dalam Kejuruteraan Data atau mana-mana bidang berkaitan data dan pengalaman bekerja sebagai Data Jurutera di TMONE. Antara topik yang telah dikongsikan sepanjang program ini ialah perjalanan ijazah beliau di UTM. Cik Qistina turut berkongsi pengalaman latihan industri dengan TMONE, serta pengalaman bekerja sebagai Penganalisis Data Media Sosial dan Jurutera Data di TMONE. Melalui program ini juga, Cik Qistina turut menyentuh peluang kerjaya untuk graduan baru dalam bidang Kejuruteraan Data yang boleh diterokai dalam bidang berkaitan seperti analisis web, pengkomputeran awan dan banyak lagi. Cik Qistina berkongsi cabaran yang dihadapi di tempat kerjanya dan menyediakan khalayak DESYMP'21 maklumat tentang masa depan dalam Kejuruteraan Data dan kemahiran yang diperlukan yang perlu mereka kuasai dan kembangkan lagi.

SELF REFELCTION

Melalui program ini pelbagai input dan pengetahuan telah saya pelajari. Antara pengetahuan baru yang telah saya pelajari adalah tentang alam pekerjaan sebagai seorang 'Data Engineer'. Menurut Cik Qistina, tugas utama sebagai Data Engineer adalah mereka bertanggungjawab dalam mencari arah aliran dalam set data dan membangunkan algoritma untuk membantu menjadikan data mentah lebih berguna kepada sesuatu perusahaan mahupun syarikat. Hal ini menyebabkan saya kagum akan cik Qistina kerana bukan mudah  untuk menjadi seorang Data Engineer. Ini kerana, pekerjaan tersebut memerlukan set kemahiran teknikal yang kukuh serta pengetahuan yang luas tentang ilmu SQL database design dan bahasa pengaturcaraan yang lain. Selain itu, saya juga peroleh banyak ilmu dalam pengalaman serta cabaran pekerjaan yang telah cik Qistina kongsikan dimana saya harus berfikiran positif serta matang dalam menangani setiap cabaran serta permasalahan mendatang apabila saya Ceburi alam pekerjaan kelak. Akhir sekali, dengan meneyrtai program ini telah membuatkan saya ingin mempelajari serta menguasai pelbagai set kemahiran secara teknikal terutamanya dalam bidang komputeran.