MINI REPORT
Career Talk with Micron 'Coming Together To Innovate Better' merupakan program anjuran UTM Career Centre yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM pada 15 Jun 2022. Program ini juga disiarkan secara online di facebook @utmcareercentre . Seorang penceramah yang digelar KC Lee, yang merupakan Senior Director Manufacturing Assembly & Test Operation telah dijemput untuk berkongsi pengalaman, ilmu serta pandangan berdasarkan Micron Intelligence Accelerated. Antara topik yang di kongsi kan sepanjang program ini berlangsung adalah berkongsi tentang ilmu Micron dari maksud sehingga ke pengalaman beliau dalam bidang pekerjaan tersebut. Beliau juga berkongsi tentang pembuatan dan statistik penggunaan Micron di Malaysia. Program ini juga diteruskan dengan perkongsian oleh rakan sekerja pencermah utama yang berada didalam bidang Human Resources di syarikat mereka. Beliau berkongsi kan tentang pengalam beliau bekerja dalam bidang Micron serta menunjukkan tapak tapak mereka bekerja seperti Urbam Farm di Pulau Pinang. Disamping itu, beliau juga menyentuh tentang empat kumpulan wakil pekerjaan di Micron yang bekerja keras untuk mengajurkan pelbagai aktivity seperti di Sabah dan Muar, Johor. Akhir sekali, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi cabaran dan rintangan mereka
SELF REFLECTION
Melalui program ini, banyak input baharu yang telah saya peroleh sama ada tentang Micron mahupun nilai murni. Antara input baharu yang saya peroleh adalah tentang dunia penciptaan dan penggunaan Micron terutamanya dalam kehidupan seharian. Penciptaan Micron yang berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah membantu manusia untuk hidup dengan lebih mudah dn efisien disamping memudahkan kehidupan seharian seseorang. Selain itu, nilai murni yang telah saya peroleh ada, KC Lee telah menunjukkan jika seseorang itu mahukan kejayaan, mereka hendaklah berusaha dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Hal ini juga akan membolehkan kita membantu mereka yang berada dalam keadaan yang memerlukan. KC Lee dan rakan sekerjanya turut berkongsikan bahawa kita hendaklah sentiasa berinovasi dalam setiap perkara yang kita lakukan agar kita dapat bantu syarikat mahupun negara dalam arah kemajuan setanding negara negara maju yang lain.