Refleksi

Isi Kandungan

Details

Rumusan

Rumusan yang boleh dibuat daripada kesuluruhan bab-bab yang telah saya pelajari daripada subjek Perkembangan Sains dan Teknologi adalah sains telah banyak berkembang sejak zaman nabi sehinggalah zaman moden sekarang.

Dalam bab 1 iaitu manusia dan pemikiran, perkembangan pemikiran saintifik sejak Zaman Awal telah mendefinasikan maksud pemikiran dari sudut barat dan juga islam. Selain itu, sejarah bagaimana berkembangnya sains dan teknologi dari barat dan islam. Seterusnya, turut diperkenalkan tokoh-tokoh seperti Pythagoras yang telah menyumbang banyak terhadap perkembangan ilmu falsafah.

Selain daripada zaman awal, turut ditunjukkan perkembangan ilmu dan kesedaran masyarakat akan kepentingan ilmu pada zaman pertengahan di Eropah. Masyarakat ini telah banyak dikongkong oleh pihak gereja. Hal ini menyebabkan tindakan- tindakan mereka menjadi terhad termasuklah menuntut ilmu dan melakukan aktiviti harian. Perkara ini menyebabkan perkembangan teknologi di zaman Eropah terbantut buat sementara waktu. Dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Marthin Luther, masyarakat telah bangkit untuk menentang pihak gereja bagi menuntut hak mereka.

Kemunuculan tokoh-tokoh saintifik islam turut juga menyumbang sebahagian besar dalam perkembangan ilmu dan teknologi. Hal ini dibuktikan dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Al-Razi, Jabir Ibn Hayyan,Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan lain-lain. Al-Razi misalnya telah memperkenalkan metod observasi bagi memudahkan perjalanan sesuatu eksperimen. Selain itu, Ibn Haitham memberi sumbangan yang besar terutamnya dalam bidang optik, astronomi dan juga matematik. Tidak lupa juga , bapa perubatan iaitu Ibn Sina yang telah menulis buku Alqannun fi Altibb dan beberapa karyanya yang lain. Beliau merupakan penyumbang yang terbesar dalam bidang perubatan

Bab terakhir yang dipelajari ialah etika dan penginsanan dalam sains dan teknologi. Menurut pensyarah kami, bab ini merupakan bab yang terpenting yang perlu diberi perhatian. Sebelum mencipta atau mempelajari teknologi, beberapa perkara perlulah diambil berat seperti soal kemaslahatan ummah , kepentingan ummah dan juga kualiti hasil kajian. Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengusahakan pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan sains dan teknologi ini tidak disalahgunakan bagi tujuan buruk. Hal ini dibuktikan dengan agenda STI negara.

 

Refleksi

Pada pendapat saya, subjek Perkembangan Sains dan Teknologi ini amatlah penting untuk dipelajari oleh semua pelajar yang menuntut di universiti terutamanya bagi pelajar kursus sains komputer. Hal ini kerana, kursus ini amatlah berkait rapat dan memainkan peranan yang terbesar dalam perkembangan ilmu sains dan teknologi. Oleh itu, amatlah penting untuk menghayati dengan sepenuh hati subjek ini kerana banyak ilmu dan perkara penting yang perlu dipelajari. Contohnya, sejarah perkembangan ilmu falsafah dan sains dari zaman-zaman awal dan zaman pertengahan. Kita dapat mengetahui betapa susahnya tokoh-tokoh dahulu berjuang untuk memajukan dan menuntut ilmu. Dibandingkan dengan zaman sekarang, segala maklumat dan info ada di hujung jari. Oleh itu, kita perlulah bersyukur dengan kemudahan-kemudahan ini.

Seterusnya, etika dan penginsanan teknologi amatlah penting untuk diterapkan pada setiap rakyat Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan kemusnahan dan peperangan dimulakan kerana kurangnya insan dalam setiap diri. Ini menyebabkan berlakunya jenayah-jenayah yang berlaku disebabkan oleh sains dan teknologi termasuklah jenayah siber, peperangan nuklear dan lain-lain. Sekiranya etika ini diterapkan dalam setiap diri manusia, perkara-perkara seperti tidak akan berlaku.

Harapan saya supaya, kerajaan Malaysia dapat meneruskan subjek Perkembangan Sains dan Teknologi ini agar rakyat Malaysia dapat menjadi mencipta dan memajukan teknologi dengan lebih berhemah dan berguna kepada generasi akan datang