E-PORTFOLIO UHIT 2302 (40) PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Tanggapan terhadap kursus pemikiran sains dan teknologi

  1. Kandungan utama
  • Pada pendapat saya, sains dan teknologi mempunyai hubung kait yang memerlukan antara satu sama lain. Hal ini kerana tanpa teknologi, ilmu sains tak dapat di dalami oleh para saintis. Hal ini disebabkan batasan kemampuan manusia untuk melihat dan meneliti sesuatu perkara yang diluar jangkaan. Maka, teknologi amatlah diperlukan bagi memastikan ilmu sains dapat di temui malah berkembang.

 

  1. Relevansi dengan bidang pengajian
  • Pada pandangan saya, kursus pemikiran sains dan teknologi amatlah relevan bagi semua peringkat. Hal ini kerana kehidupan seharian manusia sangat bergantung pada pada alat iaitu teknolgi dan ilmu sains. Justeru, bidang pengajian sains dan teknologi juga boleh mengembangkan pemikiran individu dan juga dalam menaik taraf industri. Satu contoh yang boleh kita ambil adalah dalam pertanian iaitu penggunaan tanah yang sesuai untuk menanam padi dan serta menggunakan teknologi untuk mendapatkan hasil seperti mesin padi.

 

  1. Jangkaan manfaat
  • Kursus pemikiran sains dan teknologi pasti memberi manfaat yang berguna untuk manusia dalam memudahkan kerja dan kehidupan seharian. Misalnya penemuan sains atau penghasilan teknologi yang baru akan meningkatkan ekonomi negara sekiranya barang yang dihasilkan melibatkan kemudahan urusan manusia seperti komputer.

 

  1. Komitmen dan sumbangan
  • Usaha yang dilakukan secara berterusan akan memberi impak yang besar dalam kepada manusia dalam memastikan kehidupan yang lebih selesa kepada manusia. Contohnya sumbangan para saintis yang mempunyai komitmen dalam mencari penawar bagi segala penyakit yang memerlukan ilmu sains dan teknologi yang tinggi.