View wall

NURUL NAZIRAH BINTI MOHD IZAN: Wall

Back to profile

TANGGAPAN AWAL TERHADAP PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

              Tanggapan awal saya terhadap pemikiran sains dan teknologi ialah kursus ini dapat mengajar kita bagaimana untuk masayarakat mengembangkan lagi teknologi yang sedia ada dengan berpandukan sains. Selain itu, kursus ini juga dapat melahirkan ramai lagi guru dan pelajar yang tidak cepat terpesong dari ajaran agama dan kepercayaan masing-masing. Kandungan kursus ini diolah khas supaya pengisiannya dapat memaparkan isu semasa yang menyelubungi kehidupan seharian. Oleh itu pelajar yang terlibat untuk mengambil kursus ini dapat mengimbangi pengetahuan mereka supaya apa juga perancangan yang melibatkan teknologi tidak akan mengabaikan kesejahteraan sosial. Walau apapun kemajuan yang dibawa, manusia tetap menjadi fokus utama.  Manusia adalah subjek utama sains dan teknologi, agama falsafah, seni dan skema hidup yang lain. Oleh itu pengetahuan tentang budaya dan kejadian manusia membantu mahasiswa memahami hakikat kehidupan bahawa teknologi seharusnya digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan sosial. Teknologi yang mengancam manusia dan persekitaran harus dijauhi.