View wall

AIMI ZAHIRAH BINTI ZAHARUDDIN: Wall

Back to profile

TITASĀ 

Pada pendapat saya, TITAS merupakan subjek yang menerangkan secara menyeluruh tentang sejarah tamadun seperti tamadun melayu, tamadun cina dan juga tamadun india. Seperti sedia maklum, penduduk Malaysia mempunya pelbagai pegangan agama, bangsa dan budaya. Setiap bangsa mempunyai pelbagai budaya dan adat yang diamalkan. Oleh itu, cara mereka berinteraksi atau berhubung juga berlainan dari segi agama, bangsa dan budaya yang diamalkan. Pada saya, subjek ini seperti subjek sejarah yang banyak menerangkan bagaimana negara Malaysia aman dan makmur walaupun penduduknya mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.