Assalamalaikum...
Salam perantau yang sudah pulang ke Malaysia.. Pengalaman 3 minggu di Surabaya sangat mencabar dan seronok. Dalam orang lain sibuk beraya ke rumah sanak saudara, aku saja yang perlu prepare untuk ke sana. Raya aku seminggu saja berbanding yang lain, tapi rezeki bulan syawal tetap dapat lebih.. Walaupun kawan-kawan ramai yang tak tahu tentang aku ke sana. Namun sebaik sampai disana aku officially state yang aku dah sampai disana... So baru lah kawan-kawan yang lain ketahuan.
Mungkin aku x setanding yang lain, tapi disana aku cuba untuk buang rasa down tu kepada biasa.. Just enjoy my moment.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Kuliah boleh masuk lagi walaupun mungkin tak seberapa faham.. Bahasa inggeris di Indonesiakan... Betul-betul dugaan belajar disana..
Week 1
Kuliah harian berjalan seperti biasa. Majlis pembukaan juga berjalan lancar. Kedatangan kami disana dilayan mesra oleh anak-anak (kawan2).. Walaupun kami seperti hidup berdikari disana, kami tetap berusaha sedaya yang mampu. Keadaan disana mungkin pada kali pertama lihat, macam bangunan terbengkalai, sistem disana jauh berbeza dengan di Malaysia. Aku masih bersyukur dilahirkan di Malaysia. Taraf kerakyatan yang miskin dan kaya sangat berbeza. Aku juga belajar erti kepayahan mencari nafkah, disana sangat naif dan majoriti penduduk mereka berniaga dan menjaja untuk menyara kehidupan mereka. Kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat kesusahan yang mereka alami. Status penduduk berlebihan juga menjadi permasalahan bagi mereka. "2 anak sudah cukup"..



