Saya telah mempelajari kepentingan teori-teori etika dan peradaban dalam pelbagai tamadun melalui subjek tersebut. Etika merupakan amalan baik yang kita wajar amalkan sebagai seorang manusia. Kita haruslah mengamalkan nilai-nilai yang murni dan menghindari diri daripada yang buruk. Etika ini amatlah penting dalam mewujudkan masyarakat yang beradab dan harmoni.