Falsafah dan Isu Semasa merupakan subjek umum yang saya pelajari pada semester pertama di Universiti Teknologi Malaysia. Kod kursus ialah UHIS1022-77 dan subjek ini telah disampaikan oleh pensyarah yang bernama Dr. Mohd Farhan Md Ariffin. Beliau telah mengajar serta menyampaikan sebanyak 8 topik dan ilmu berkaitan dengan falsafah.
Antara perkara yang saya telah pelajari ialah pengenalan terhadap falsafah, iaitu erti falsafah dan ahli-ahli falaisuf serta sumbangan pemikiran mereka. Falsafah merupakan cabang ilmu yang berkait dengan pemikiran, cintakan pada hikmah atau kebijaksanaan. Hal ini dapat membentuk individu kearah berfikiran dengan lebih matang dan terbuka. Beberapa falaisuf yang diperkenalkan seperti Ibnu Sina, Aristotle dan Plato adalah bagi membincangkan mengenai pandangan mereka.
Selain itu, perbincangan mengenai Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara telah memberikan impak kepada diri saya sebagai rakyat Malaysia. Saya telah diterangkan mengenai setiap hikmah yang terdapat dalam FPN dan bagaimana ia dapat membantu negara kita mempunyai kebahagian negara yang lebih bagus. Hal ini kerana sekiranya setiap rakyat mengamalkan perkara di dalam FPN dan Rukun Negara, sudah pasti ia mampu membentuk masyarakat yang berilmu dan memajukan negara kerana telah melahirkan individu-individu yang bijak dan berpengetahuan luas.
Di samping itu, saya juga mula menyedari dan berusaha untuk meningkatkan potensi diri setelah mempelajari mengenai psikologi dan sosiologi. Terdapat empat potensi insan yang akan wewujudkan keseimbangan diri iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Apabila seseorang itu menerapkan keempat-empat elemen tersebut, ia akan bersifat holistic dan menyeluruh serta mengakibatkan kehidupannya lebih baik. Jasmani menumpukan kepada kesihatan fizikal, emosi merupakan ciri perasaan seseorang sama ada kuat atau lemah, rohani adalah aspek dalaman dan kepercayaan seseorang, dan Intelek merupakan daya pemikiran dan ilmu yang diperoleh dalam dirinya. Saya akan berusaha untuk mengembangkan potensi diri dengan membuat penambahbaikan dalam aspek-aspek tersebut.
Seterusnya, saya terdedah kepada pelbagai ideologi yang terdapat di Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan ideologi yang buruk. Antara ideologi yang saya ketahui ialah feminisme, seksisme, nasionalisme, sosialisme dan hendonisme. Kumpulan saya telah melakukan kajian hedonisme bagi tugasan kumpulan. Hal ini telah membuatkan saya lebih memahami isu gejala hedonism yang semakin meningkat di negara kita. Hedonisme ini merupakan kepercayaan bahawa dunia ini bersifat sementara dan hanya melakukan perkara yang seronok sahaja tanpa memikirkan kesan daripada kelakuan mereka.
Akhir sekali, Saya telah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai dekolonisasi, kolonisasi dan pasca dekolonisasi. Saya telah menghadiri webinar yang disambaikan oleh Prof. Dr. Kamaruzaman bin Yussof dan Dr. Nasruddin bin Yunos. Mereka telah menyampaikan kefahaman mengenai dekolonisasi dengan jelas dan juga persiapan mental yang perlu dilakukan untuk membebaskan diri daripada pemikiran ketika kolonisasi. Saya mula untuk tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat agar identity negara Malaysia masih terjaga untuk generasi akan dating.
Kesimpulannya, matapelajaran ini telah memperluaskan ilmu saya mengenai isu-isu yang sedang berlaku serta peka dengan persekitaran. Saya juga akan menerapkan ilmu pengetahuan ini dalam membentuk jati diri saya agar menjadi pelajar dan manusia yang berfalsafah.