Sem 1 Reflections /
Penghayatan Etika dan Peradaban

            Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan subjek umum yang saya pelajari pada semester pertama di Universiti Teknologi Malaysia. Kod kursus ialah UHMS1128-33 dan subjek ini telah disampaikan oleh pensyarah yang bernama Dr. Hashim Fauzy. Beliau telah mengajar serta menyampaikan sebanyak 9 topik dan ilmu berkaitan dengan etika dan peradaban.

            Dalam kursus ini, saya telah mempelajari mengenai kepentingan etika dan peradaban yang seharusnya dimiliki oleh setiap individu. Hal ini kerana, rakyat yang beretika tinggi mampu membentuk kemajuan negara kerana ia akan memupukkan perpaduan sesama kaum walaupun berbilang bangsa, agama dan kaum. Perbezaan bukanlah bererti halangan kepada perpaduan kaum yang erat. Perpaduan kaum yang erat dapat membina kepercayaan, toleransi serta kesefahaman dalam melaksanakan suatu kerja harian. Oleh itu, saya percaya bahawa Pendidikan kursus ini sewajarnya dipraktikan dalam kehidupan seharian dan bukan sahaja mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya.  

            Selain itu, saya juga telah mempelajari serba sedikit sejarah mengenai dengan kewujudan etika dan peradaban.  Setiap negara mempunyai panduan etika dan peradabn mereka kerana definisi etika itu adalah subjektif mengikut kepada kepercayaan serta pegangan suatu masyarakat. Saya telah mengetahui beberapa perbandingan etika dalam tamadun melayu, Islam, China, India dan Barat. Hal ini telah membuatkan saya berfikiran lebih terbuka serta memahami bagaimana boleh terhasilnya suatu peradaban dan etika yang dibawa untuk memajukan tamadun tersebut. Sejarah mengenai latar belakang etika di Malaysia juga telah membentuk saya untuk memahami bagaimana perlembagaan Malaysia terbentuk bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aman, makmur dan harmoni.

            Setelah mempelajari etika dan peradaban, saya sepatutnya mengamalkan serta mempraktik diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih beretika dalam melaksanakan kehidupan seharian saya. Antara perkara yang telah saya praktikan ialah Ketika melakukan tugasan berkumpulan untuk menyiapkan secara berkumpulan. Walaupun aktiviti tersebut terpaksa dijalankan hanya atas talian, saya mampu menjaga etika saya setelah mempelajari bab ketujuh kursus ini. Saya berinteraksi Bersama rakan sekumpulan saya dengan berhemah dan menjalankan tanggungjawab saya atas tugas yang telah diagihkan oleh wakil kumpulan. Oleh itu, saya Berjaya menyelasaikan tugasan ini dengan bagus kerana setiap ahli kumpulan saya merupakan individu yang beretika. Terbuktilah bahawa etika mampu mengeratkan perpaduan sesama masyarakat dan kemajuan akan tercapai kerana tidak berlakunya sikap-sikap yang kurang mulia.

            Saya juga mengamalkan tingkah laku yang baik dalam kehidupan seharian saya seperti tidak menyinggung perasaan rakan saya tanpa mengira kaum, bangsa dan kepercayaan. Saya boleh berinteraksi sesame rakan sekelas saya yang terdiri daripada berbilang kaum serta mereka yang bukan warganegara Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan daripada luaran, saya mampu menjalinkan hubungan yang baik kerana saya mempunyai adab dan menjaga tutur kata. Oleh yang demikian, saya amat bersyukur kerana kursus ini telah membimbing saya untuk membentuk jati diri saya serta melahirkan pelajar yang pintar, berwiba dan berakhlak mulia.

            Kesimpulannya, kursus ini telah memberikan ilmu yang bermanfaat dan berfaedah untuk dijadikan amalan seumur hidup. Ia telah berjaya membentuk individu yang bukan sahaja mempunyai pendidikan yang tinggi, malah berakhlak mulia dan sentiasa mengejarkan penambahkbaikan terhadap diri sendiri. Oleh itu, saya akan sentiasa mengamalkan ilmu ini agar saya dapat membawa kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.