My Reflection /
UHIS Reflection

Melalui kursus ini, saya pelajari bahawa falsafah dan etika saling berkaitan. Ramai pelajar yang menganggap kursus ini tidak penting namun, kursus ini dapat melatih kita agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui kursus ini juga, saya belajar tentang isu-isu semasa di sekeliling saya yang perlu saya ambil tahu dan bukan hanya belajar semata-mata. Kursus ini telah membantu saya agar melatih diri saya menjadi seimbang kerana elemen-elemen tersebut penting untuk saya aplikasikan untuk menjadi yang terbaik tidak kira sebagai pelajar mahupun apabila saya sudah bekerja.