Subjek ini telah melahirkan perasaan cinta akan tradisi dan budaya pelbagai kaum dalam diri saya. Oleh kerana hal tersebut, saya mempunyai motivasi untuk mendalami subjek ini secara teliti. Saya perlu menghargai akan budaya dan tradisi semua kaum di Malaysia yang tidak boleh dinafikan sangat unik. Sebagai contoh, saya mengambil inisiatif untuk merasa makanan-makanan tradisional dan menghayati budaya jiran saya. Bukan setakat itu sahaja, malah kami juga mempunyai kawan-kawan dari pelbagai kaum dan bergaul bersama mereka di dalam kelas ini. Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini dapat meningkatkan sesi percambahan fikiran yang akan diadakan sebelum saya melakukan apa-apa tugasan kumpulan. Perbincangan etika-etika yang diamalkan antara kumpulan yang terdiri daripada berbilang kaum secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dan ahli kumpulan. Di samping itu, saya juga mengambil langkah untuk mengetahui tentang budaya masyarakat di luar Malaysia. Dengan ini, saya akan lebih menghargai akan kedamaian antara kaum yang tidak boleh dicapai oleh banyak masyarakat luar Malaysia.Tambahan pula, saya juga akan memperoleh banyak informasi untuk mendalami ilmu dan membantu kami dalam perantauan untuk menghayati etika dan peradaban.