Penghayatan Etika dan Peradaban

Matlamat saya dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban adalah untuk mempunyai ilmu serta persiapan sebagai seorang pelajar dan juga rakyat yang bertanggungjawab untuk menghayati nilai etika dan peradaban. Tambahan pula, saya berharap agar setiap lapisan masyarakat mampu mempunyai inisiaif untuk berusaha bersama-sama menangani cabaran dan mengamalkan etika yang baik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penghayatan nilai etika dan peradaban dan sentiasa menyebarkan ilmu  tentang kepentingan menghayati nilai etika dan peradaban kepada orang sekeliling.