Etika
/
Penghayatan Etika dan Peradaban
Sebagai seorang pelajar yang mengambil Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (UHMS1182), saya berasa amat beruntung kerana Dr. Hashim Fauzy selaku pensyarah kursus seksyen 75 telah berkongsi pelbagai ilmu yang berguna serta dapat digunakan di dalam kehidupan seharian. Kursus ini membantu saya untuk mengenal konsep etika dari pelbagai perspektif peradaban. Sepanjang 14 minggu ini, terdapat pelbagai perbincangan daripada Dr tentang isu-isu kontemporari seperti aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan persekitaran dari perspektif etika dan peradaban. Ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan, moral dan tingkahlaku yang lebih baik. Selain itu, di penghujung minggu sesi pembelajaran, saya serta kumpulan telah diberi peluang untuk membentangkan isu etika bermasyarakat dalam membina masyarakat bersatu padu. Peluang ini telah memberikan pengalaman yang menarik dan dapat mengasah kebolehan membentang walaupun pembentangan yang dilakukan di ‘Google Meet’ . Bukan itu sahaja, saya berpeluang melihat rakan-rakan sekelas membentangkan isu-isu menarik yang dikaji oleh mereka. Ini telah menambahkan pengetahuan saya serta kagum dengan kebolehan semua orang untuk mencari jawapan tentang isu kajian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hashim Fauzy sepanjang sem permulaan saya di UTM serta dihalalkan ilmu yang diberi. Saya berharap bahawa kursus ini mampu membantu saya untuk menjadi insan yang berjaya dan sentiasa beretika kelak walaupun telah berjaya menghabiskan pengajian sarjana muda di UTM.