Keseluruhan Semester

Banyak yang telah saya pelajari melalui kursus ini. Kursus ini bukan sahaja menekankan tentang etika melalui kepelbagaian tamadun malah mengajar saya tentang struktur pentadbiran di Malaysia seperti Perlembagaan Malaysia. Perkara ini amat penting untuk saya ketahui sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan terhadap masalah perpaduan diantara kaum di Malaysia. Sebagai seorang rakyat yang hidup berbilang kaum, amatlah penting bagi saya untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kaum-kaum di Malaysia ini. Diatas tunjuk ajar yang jelas oleh pensyarah, saya lebih memahami intipati kursus ini dan berharap agar saya dapat menerapkan ilmu-ilmu ini dengan sebaik mungkin di dalam kehidupan seharian.