Melalui kursus ini saya dapat mempelajari konsep falsafah dengan lebih meluas. Saya sedar bahawa setiap isu semasa yang berlaku sama ada di negara kita mahupun negara dapat kita kaji semula punca, kesan dan cara mengatasinya dengan perkaitan falsafah. Sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah diri kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberapa aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.