Refleksi Kursus UHMS1128

Pada pendapat saya, kursus ini mempersiapkan diri saya sebagai seorang pelajar untuk
menghayati nilai etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di
Malaysia sekaligus memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal bagi menangani
kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini yang memfokuskan kepada penghayatan
etika dan peradaban dalam acuan Malaysia dapat menjadi kekuatan kepada pembentukan
negara berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat.