Festival Integrasi Kolej Perdana 2019 (FIESCOPE’19) /
Leadership and Teamworking Skills

download.jpg

 

  1. Laporan mini

Kolej Perdana telah mengadakan Festival Integrasi Kolej Perdana 2019 (FIESCOPE’19) pada 4 -6 Oktober 2019 bertempat di Kolej Perdana.  FIESCOPE merupakan program tahunan yang diadakan oleh Kolej Perdana.  Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hunungan diantara penghuni kolej kediaman dan staff kolej.  Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang 3 hari program ini berlangsung termasuklah zapin perdana, icon talk dan pertandingan memasak.

Saya telah menjadi salah seorang ahli jawatankuasa yang menyandang jawatan PIC pertandingan masakan. Pertandingan memasak ini terbuka kepada semua mahasiswa, mahasiswi, staff UTM dan orang awam. Pihak penaja bagi pertandingan memasak adalah syarikat Adabi dan terdapat 10 kumpulan yang menyertai pertandingan ini.  Saya perlu memastikan kelancaran pertandingan ini dengan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan sebelum,semasa dan selepas pertandingan pada masa yang ditetapkan.  Saya perlu memberi arahan yang jelas kepada anak buah saya supaya tiada kesalahfahaman dalam menyampaikan maklumat kepada mereka.

Saya menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja secara berpasukan. Program ini dapat membantu saya menjadi seorang pemimpin yang dapat membuat keputusan secara rasional apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Saya berharap pengalaman yang saya perolehi daripada program ini dapat menjadikan saya lebih cenderung untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

  1. Refleksi Diri

Pada peringkat awal, saya berasa agak berat untuk menerima pelantikan sebagai PIC pertandingan memasak ini.  Namun, saya merasakan ini adalah peluang untuk saya menonjolkan kebolehan saya sebagai seorang pemimpin.  Jawatan ini juga memerlukan saya untuk banyak berkomunikasi dengan pelbagai pihak termasuklah pihak penganjur, staf kolej, peserta dan pihak penaja sendiri. Selain daripada mendapat ilmu yang baru, saya juga dapat menambah kenalan daripada kalangan yang pelbagai.

Program ini mengajar saya untuk menguruskan masa dengan bijak. Setiap tugasan yang diberikan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, kerjasama semua ahli dalam memastikan segala persiapan dapat dibuat dengan sempurna adalah sangat penting. Program ini bukan sahaja dikhususkan untuk warga UTM tetapi terbuka juga kepada orang awam.  Oleh itu, segala maklumat yang disampaikan haruslah jelas bagi mengelakkan wujudnya kesalahfahaman diantara penyampai maklumat dan penerima maklumat.

Cabaran yang perlu saya hadapi dalam melaksanakan program ini adalah saya harus bijak membahagikan masa dalam pembelajaran dan program ini.  Program ini diadakan pada awal semester dan memerlukan kami untuk sentiasa menghadiri mesyuarat pada waktu malam. Oleh hal yang demikian, kami perlu membahagikan masa dengan sebaiknya agar tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat disiapkan tepat pada waktunya dan tidak menjadikan penglibatan kami dalam program ini sebagai alasan untuk tidak menyiapkan kerja.