ARIFFA ILYANA BINTI ZAINOL ABIDIN's Reflection /
Report Activity 1

TITLE: DECIDE.COMMIT.SUCCEED 2019

DATE: 5 OKTOBER 2019 

VENUE:  DEWAN SRI MERBAU, KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

ORGANIZER: PERSATUAN RAKAN SISWA (PERSIS) UTM

GRADUATE ATTRIBUTES: Career Skills

POSITION/ROLE: Peserta

 

Mini report:

Pada 5 Oktober 2019, Persatuan Rakan Siswa (PERSIS) UTM telah menganjurkan program Decide.Commit.Succeed 2019. Program ini membincangkan tajuk berkenaan dengan tekanan emosi yang dihadapi pada setiap individu dan juga cara untuk mengatasi dan mengawal tekanan dalam diri. Program ini membicarakan tentang beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu itu mengalami tekanan perasaan yang disebabkan faktor luaran atau dalaman. Seterusnya, program ini membahaskan lebih banyak punca-punca berlakunya tekanan perasaan dalam hidup individu tidak kira usia muda mahupun tua. Topik yang dibincangkan seterusnya adalah cara bagaimana seseorang itu boleh mengatasi tekanan yang dihadapi serta tips untuk mengawal emosi bagi mengelakkan punca tekanan. Program ini juga telah membuka mata banyak pihak bahawa tekanan dalam diri kita adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dan tekanan boleh berlaku kepada berlainan individu mahupun seorang pelajar atau seorang yang berkejaya. Di akhir program Decide.Commit.Succeed ini pihak penganjur menyediakan beberapa soalan berkenaan dengan topic yang dibentangkan kepada para pelajar. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul mendapat cenderahati daripada pihak penganjur.

Reflection:

Program Decide.Commit.Succeed 2019 telah memberi peluang kepada saya untuk lebih memberi perhatian kepada tahap tekanan emosi yang dialami oleh diri sendiri mahupun individu yang lain. Daripada program ini juga saya lebih mengetahui tentang faktor-faktor tekanan emosi yang dihadapi pada setiap individu dan juga cara untuk mengatasi dan mengawal tekanan dalam diri. Selain itu, saya dapat mengenal pasti jika seseorang itu mengalami tekanan emosi atau tidak berdasarkan simptom-simptom yang telah diberitahu dalam topik ini. Seterusnya, dengan adanya program ini, saya dapat mengetahui cara untuk seseorang itu mengatasi tekanan yang dihadapi serta mengawal emosi bagi mengelakkan punca tekanan. Pengajaran yang saya peroleh daripada menyertai program ini adalah tekanan emosi yang dihadapi oleh setiap individu bukanlah benda yang boleh dipersendakan atau dipandang remeh. Jika seseorang yang kita kenal menghadapi tekanan emosi tahap kritikal kita perlulah memberi pertolongan kepada mereka.