EXCEL Report /
PATRIOTISME DAN KENEGARAAN MALAYSIA

PATRIOTISME DAN KENEGARAAN MALAYSIA

DATE: 22 December 2020

TIME: 2pm – 3:30pm

VENUE: Online (Cisco Webex)

ORGANIZER: Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), UTM

GRADUATE ATTRIBUTES: Cultural

POSITION/ROLE: Participation

 

Mini Report

       Berdasarkan webinar yang telah saya hadiri iaitu “Patriotisme dan Kenegaraan Malaysia” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Kassim Thukiman, saya dapat memperolehi banyak pengetahuan mengenai pentingnya semangat patriotisme dalam diri. Daripada webinar tersebut membincangkan dimana semangat patriotisme yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan tentang kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek berelemenkan patriotisme yang telah dilalui oleh rakyat khususnya generasi muda selama ini. Remaja merupakan aset yang bernilai kepada kepimpinan negara masa datang. Golongan remaja merupakan amanah besar yang perlu disemai dan mereka memegang tanggungjawab yang besar terhadap pembangunan Negara. Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi lebih dari itu dan ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal kesetiaan, kewarganegaraan, jati diri, keyakinan, keberanian, kemerdekaan dan kedaulatan. Maka dengan itu perancangan kerajaan telah menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan acuan tersendiri untuk disesuaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

 

Self-Reflection

     Kesimpulannya, usaha murni pihak pemerintah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri remaja hari ini melalui pelbagai program dan pendedahan adalah satu usaha yang cukup bermakna demi masa depan negara. Golongan remaja pula perlu menyahut seruan pihak pemerintah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk negara dan memberikan sumbangan terbaik ke arah kemajuan serta terus mendaulatkan tanah air tercinta. Segala bentuk perbezaan yang wujud antara kaum, warna kulit dan fahaman perlu dihapuskan dan keutuhan perpaduan harus diutamakan. Ini kerana formula kejayaan dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah atas dasar permuafakatan dan kerjasama yang harmoni.

 

WhatsApp Image 2020-12-16 at 17.40.03.jpeg