TITLE: TRANSFORMASI DIRI DI UTM
DATE: 10 NOVEMBER 2020
TIME: 2:00 PM - 3:00 PM
VENUE: FACEBOOK (UTM Student Affairs)
ORGANIZER: Pembangunan Aktiviti Pelajar
GRADUATE ATTRIBUTES: Leadership Skills
POSITION/ROLE: Participation
Mini Report:
Saya telah menghadiri webinar "TRANSFORMASI DIRI DI UTM" pada 10 November 2020. Speaker oleh Prof Madya Dr. Azlan Abdul Latib, Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar. Program ini membincangkan bagaimana pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Dengan menjadi pelajar yang aktif di universiti pelajar perlu mengumpul mata merit pada setiap sem. Program ini menunjukkan beberapa langkah mudah bagi pelajar yang ingin mencapai kejayaan di peringkat universiti. Selain itu, program ini juga membincangkan bagaimana para pelajar boleh kembangkan set kemahiran pelajar dan kenal pasti pengetahuan dan pengalaman apa yang akan pelajar perolehi. Program ini juga menunjukkan bahawa setiap pelajar boleh menyertai apa jua aktiviti yang dianjurkan mengikut minat pelajar. Oleh itu, ia dapat menarik minat para pelajar untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum.
Reflection:
Sepanjang mengikuti program ‘TRANSFORMASI DIRI DI UTM’ yang diadakan pada 10 November 2020 di Facebook UTM Student Affairs, terdapat beberapa tips yang telah saya dapat daripada program ini. Ini adalah program yang sangat membantu pelajar terutama bagi pelajar yang ingin mengumpul pengalaman dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej dan universiti. daripada aktiviti yang disertai oleh pelajar mungkin berguna dan dapat diterapkan ketika memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian di Universiti. Daripada perkongsian ini, mahasiswa perlu mendidik jiwa agar berdikari dengan sistematik dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang diperoleh di kampus.