TRANFORMASI DIRI DI UTM
DATE: 10 November 2020
TIME: 2pm – 3pm
VENUE: Facebook (UTM Student Affairs)
ORGANIZER: Pembangunan Aktiviti Pelajar
GRADUATE ATTRIBUTES: Leadership Skills
POSITION/ROLE: Participation
Mini Report
Berdasarkan webinar yang telah saya hadiri iaitu “Tranformasi Diri di UTM” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan Latib, saya dapat memperolehi banyak pengetahuan dan maklumat mengenai UTM. Daripada webinar tersebut terdapat beberapa isi penting iaitu UTM melahirkan pelajar yang boleh memimpin program dalam peringkat tempatan dan antarabangsa, dimana pelajar sendiri boleh mengenalpasti bakat yang mereka ada di UTM ini. Selain itu, UTM juga melahirkan pelajar yang mahir berkomunikasi, berdebat dan pandai berpidato. Dalam pada masa yang sama UTM juga mementingkan keagaaman terutama sekali Agama Islam. UTM juga membuka peluang bagi pelajar mereka seperti Hafiz 30 Juzuk dan Tilawah Al-Quran. Aktiviti tersebut merupakan modul khusus yang dikendalikan oleh Pusat Islam.
Self-Reflection
Kesimpulannya, UTM bukan sahaja Universiti yang melahirkan pelajar yang bijak pandai dari segi akademik tetapi UTM juga melahirkan pelajar yang beradab sopan serta mempunyai pegangan agama yang kukuh. Selain itu, UTM juga melahirkan pelajar dan generasi muda yang berkebolehan tinggi.