KBS & ARP TALK

DATE: 1 DECEMBER 2020 (TUESDAY)

TIME: 2:30 PM - 4:00 PM

VENUE: FACEBOOK (Majlis Perwakilan Pelajar UTM)

ORGANIZER: Sekretariat Rakan Muda Collaborative With Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

GRADUATE ATTRIBUTES: Career Skills, Leadership Skills

POSITION/ROLE: Participation

 

  • MINI REPORT          Program 'KBS & ARP TALK' ini telah menerangkan tentang pengalaman bekas Presiden bagi Sekretariat Rakan Muda 17/18 iaitu Muhammad Rushydi Bin Ahmad Labib yang pernah melibatkan diri dalam Malaysian Youth Delegate, Malaysia-Korea International Youth Exchange Program 2019. Beliau telah pergi ke Korea Selatan dengan beberapa orang kawan yang lain bagi mempelajari budaya di Korea dan banyak lagi. Beliau juga pernah berkata bahawa untuk melayakkan diri dan mewakili Malaysia adalah perkara yang agak sukar serta perlu melepasi beberapa cabaran yang melibatkan ramai individu lain. Disamping itu, beliau juga telah melibatkan diri dalam program Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk melayakkan diri memasuki program ini. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Gold Medal Holder bagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
  • SELF-REFLECTION          Melalui program 'KBS & ARP TALK' ini, sedikit sebanyak saya telah mempelajari tentang beberapa perkara yang perlu diberikan tumpuan bagi memasuki program seperti ini. Ini kerana, bukan semua orang yang layak untuk dipilih dan mampu mewakili Malaysia sehingga ke luar negara, terutamanya di Korea Selatan yang merupakan salah satu negara yang mempunyai perkembangan teknologi yang sangat baik. Selain itu, melalui program ini juga, saya dapat lihat kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Muhammad Rushydi dalam memasuki program antarabangsa seperti ini. Sikap kesungguhan seperti inilah yang mampu memberikan contoh yang baik kepada para pelajar dan masyarakat diluar sana terutamanya generasi baru yang bakal memimpin negara kelak. Seterusnya, saya juga dapat melihat adanya sikap ingin mencuba atau meneroka perkara yang baru didalam diri beliau. Sikap seperti ini dapat membantu seseorang individu untuk menjadi lebih cerdas dengan perkara yang diingininya. Akhir sekali, program 'KBS & ARP TALK' ini banyak mengajar saya tentang pentingnya penglibatan diri dalam sesuatu program yang diadakan. Ini kerana, dengan penglibatan seperti itu, ia banyak memberikan ilmu atau pengetahuan yang baru kepada diri yang boleh difahami dan diaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

 

 

 KBSARP.jpg                      0001.jpg