HOW TO ACHIEVE A SUCCESSFUL CAREER IN PROCUREMENT PROGRAM REPORT
DATE : 1 DECEMBER 2020
TIME : 12.00PM - 1.00PM
VENUE/ PLATFORM : CISCO WEBEX
ROLE/ POSITION : COMMITTEE MEMBER
ORGANIZER : AZMAN HASHIM INTERNATIONAL BUSINESS SCHOOL, SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
Mini Report :
Pada 5 Disember 2020, Supply Chain Management Talk telah diadakan oleh pelajar aliran ‘operation management’ yang melibatkan pelajar dan juga staf Universiti Teknologi Malaysia. Program ‘How to Achieve Successful and Career Procurement’ di laksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan ‘procurement’ dalam sesebuah syarikat atau firma. Ini juga merupakan salah satu subjek yang dipelajar di dalam ‘Supply Chain Management’. Penceramah ataupun ‘speaker’ bagi program ini juga merupakan salah seorang alumni Universiti Teknologi Malaysia dan telah berkhidmat sebagai Senior Strategic Purchasing Manager & Global Lead Buyer VACUUMSCHMELZE Singapore Pte Ltd. Sebagai ahli jawatankuasa bagi program ini, terdapat beberapa kemahiran graduan yang saya perolehi iaitu thinking skills, leadership skills and teamworking skills.
Self-Reflection
Program ‘How to Achieve Successful and Career Procurement’ yang disampaikan oleh Mr Chang Han Hua sedikit sebanyak memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada semua peserta. Pemahaman yang lebih terperinci dan jelas oleh penceramah juga membantu pelajar bagi pembelajaran bagi topik tersebut. Seterusnya, saya amat tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh Mr Chang Han Hua berkaitan cara yang syarikat beliau atasi sepanjang musim covid ini dan beliau berfikiran secara realistik terhadap sebarang bermasalah dan isu yang dihadap. Ini menunjukkan pengalaman itu dapat dibeli dan diperoleh oleh semua orang. Kemudian, kemahiran kepimpinan dan kerjasama dalam ahli jawatankuasa amat dirasai dimana semua ahli menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin dan sebagai masalah dibincang bersama-sama. Sebagai contoh, disebabkan kekurangan ahli jawatankuasa kami bekerjasama membantu ahli jawatankuasa yang lain menyiapkan sijil untuk di emel kepada peserta. Akhir sekali, daripada program ini saya juga sebagai peserta mahupun ahli jawatankuasa amatlah bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengendalikan program ini dengan jayanya.