Fuse Color Run '20
Tarikh: 18/04/2020 - 07/03/2020
Platform: T08, Azman Hashim International Business School, UTM, Johor Bahru.
Role: Ajk Pendaftaran
Pada 18/04/2020 - 07/03/2020, satu program larian warna warni iaitu Fuse Color Run telah diadakan pada jam 6.30a.m di T08 , Azman Hashim International Business School, UTM, Johor Bahru. Program ini telah dijalankan oleh club faculty kami sendiri iaitu dari Faculty Azman Hashim International Business School AHIBS. Saya pelajar tahun 2 SBSD bagi kursus Pengurusan Teknologi telah sama-sama mengikuti program ini dan saya telah menjadi AJK pendaftaran dalam program ini. Program larian ini yang akan memakan masa hampir 6 jam. Program larian ini juga diadakan sejauh 5km dan peserta akan diwarnai dengan macam-macam warna air sepanjang pelarian mereka untuk memeriahkan dan mencantikkan lagi program kami.
Tugasan saya sebagai AJK Pendaftaran adalah dengan mengendalikan pendaftaran peserta melalui google form dan akan senaraikan peserta yang telah mendaftar. Selain itu, menguruskan pembayaran peserta semasa pendaftaran dan saya akan menghubungi peserta- peserta untuk menyelesaikan duit pendaftaran. Di samping itu, saya dan Ajk lain akan memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Setiap peserta juga akan menerima T-shirt, Bib number, Medal, E-cert and UTM Merit. Selain Itu, Mereka juga boleh mendapatkan cabutan bertuah.
Fuse Color Run adalah larian warna warni yang menggambarkan citra warna Malaysia dari pelbagai kaum bangsa dan agama. Program larian ini juga turut diselitkan dengan elemen sains dan kreativiti seperti pameran dan aktiviti kecergasan keharmonian ini disemarakkan dengan rasa muhibbah dalam kalangan pelajar dan masyarakat yang maju. Sambutan ini sekaligus mengajak masyarakat untuk beriadah secara sihat dalam konteks pendidikan sains dan jasmani. Sukan dan reakrasi merupakan satu perkembangan yang positif dalam kalangan pelajar dan masyarakat kita pada hari ini.
Program yang melibatkan larian ini merupakan satu aktiviti riadah yang amat popular pada masa kini. Melalui aktiviti ini, kita dapat mengeratkan hubungan para pelajar dengan komuniti setempat disamping meningkatkan tahap kecerdasan individu.