TARIKH: 14 MEI 2020
TEMPAT: FACEBOOK STUDENTS' UNION TASK FORCE UTM
PENGANJUR: KELAB STUDENTS' UNION TASK FORCE UTM
JAWATAN: PESERTA
LAPORAN:
Berdasarkan program yang ini, ahli persatuan Students' Union Task Force UTM telah menganjurkan pada 14 Mei 2020 iaitu pada hari Khamis. Program ini telah menumpukan tajuk Mahasiswa & Kemahiran Professional iaitu para mahasiswa dan mahasiswi hendaklah menyertai program yang berbentuk skil dan melibatkan aktiviti untuk persediaan sebelum pelajar memasuki alam pekerjaan. Program ini telah menekankan tentang Leadership di dalam setiap pelajar. Penganjur dan pengacara program telah memberi langkah yang betul untuk setiap pelajar UTM, jika mereka ingin menjadi seorang pelajar yang aktif, UTM telah menyediakann program untuk pelajar. Program ini telah menggalakkan para pelajar untuk lebih terbuka dan mempunyai persediaan yang lebih baik pada masa hadapan.
REFLEKSI:
Program yang saya telah sertai ini memberikan pengajaran dan langkah-langkah yang betul jika pelajar ingin mengaktifkan diri mereka semasa berada di UTM. Selain itu, saya juga berpendapat yang sama bahawa setiap aktiviti itu sangat membantu dan memberikan pengalaman ynag baru kepada para pelajar. Akhir sekali, para pelajar perlulah bersikap positif dan menyertai program seperti ini di UTM . Setiap unit dan kelab yang ditubuhkan di universiti boleh membantu pelajar untuk mendalami ilmu yang lebih mendalam akan kemahiran dan skil yang bakal mereka pelajari.