HARNINA BT MOHD ROSLI's Reflection / HARNINA BT MOHD ROSLI's Reflection /
HOW TO ACHIEVE A SUCCESSFUL CAREER IN PROCUREMENT

HOW TO ACHIEVE A SUCCESSFUL CAREER IN PROCUREMENT

Tarikh: 5 Disember 2020

Platform: Online Cisco Webex

Role: Peserta

Pada 5 December 2020, satu program ceramah industri yang disampaikan oleh Mr Chang Han Hua, Former head og purchasing Singapore and Malaysia, Senior Strategic Purchasing Manager and Global Lead Buyer, Vacuumschmelze Singapore PTE LTD. Beliau telah dijemput oleh Faculty Azman Hashim International Business School (AHIBS, untuk menyampaikan ceramah mengenai cara mencapai kerjaya dalam perolehan. Saya pelajar tahun 2 SBSD bagi kursus pengurusan teknologi sebagai peserta program ini telah sama-sama mengikuti program ini. Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam ini diberikan di dalam dwibahasa.

           Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada para pelajar mengenai cara untuk mencapai kerjaya dalam perolehan. Di Malaysia, kita semakin sedar bahawa prestasi akademik, walaupun penting, bukan segala-galanya. Apabila graduan-graduan beroleh keputusan pendidikan terbaik yang sama, apakah yang akan membezakan mereka daripada yang lain? Bagaimanakah mereka  boleh menonjolkan diri dan membina kehidupan yang berjaya yang bermakna dan bertujuan?

           Berdasarkan pemerhatian saya program ini, ia bergantung besar pada dua factor iaitu set minda yang realistik dan sedar diri. Mereka yang berjaya sedar akan batas keupayaan mereka dan mereka mengambil salah salah satu daripada kedudukan seperti berikut iaitu menerima batas keupayaan apabila ia munasabah untuk berbuat sedemikian. Berusaha mengatasi batas keupayaan tersebut, jika mungkin, dan sekiranya dengan berbuat demikian ia akan membantu anda mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan. Pertama, kita tidak mungkin melakukan dan menjadi sebarang apa yang kita inginkan. Kedua, apabila kita menyemai sikap bahawa kita boleh mencapai kejayaan cuma dengan menginginkannya atau melalui keunikan diri, kita sebenarnya menyeleweng daripada kebenaran “UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, KITA PERLU BERUSAHA, TABAH HATI DAN BERDAYA TAHAN”.

          Apa yang saya dapat dari ceramah tersebut adalah . Sedari batas keupayaan anda, Ini adalah prinsip utama kerana ia mendesak kita untuk mengetahui batas keupayaan yang kita boleh usahakan dan tambah baik, dan yang boleh dibiarkan. Ia membantu kita untuk memberi fokus pada apa yang penting dan yang boleh dicapai, mengikat anda terhadap kemungkinan yang anda boleh capai, daripada membuang masa membuat sesuatu yang bukan untuk diri kita. Selain itu, Jangan berhenti belajar, sifat ini membezakan dan mendefiniskan mereka yang berada di tangga kejayaan. Sama ada kita membaca lima buah buku setiap bulan, belajar bahasa baharu, mendengar podcast setiap hari, mengadakan perbincangan bermakna, mengikuti hal ehwal dunia, atau mengikuti trend budaya pop, pembelajaran berterusan amat perlu untuk membantu kita kekal tajam fikiran. Seseorang pemikir kritikal yang ada sifat ingin tahu akan berupaya menyelesaikan sesuatu masalah sebelum kebanyakan orang lain sedar masalah itu wujud.

 

  WhatsApp Image 2021-01-15 at 12.08.13 AM.jpeg