HARNINA BT MOHD ROSLI's Reflection / HARNINA BT MOHD ROSLI's Reflection /
Reflection of Webinar IAMUSAHAWAN Siri III

WEBINAR IAMUSAHAWAN SIRI III 

Tarikh: 6 Disember 2020

Role: Peserta

Platform: Facebook Kelab Pemadam UTM

Pihak penganjur: Kelab Mahasiswa Pemadam UTM dan Pusat Kaunseling UTM

Pada 6 December 2020, satu program ceramah industri yang disampaikan oleh Encik Abu Hassan Al Basri iaitu seorang ushawan yang telah diadakan secara atas talian bagi membantu saya meneganali potensi dan meningkatkan keyakinan diri untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan. Beliau telah dijemput oleh Kelab mahasiswa pemadam UTM dengan kerjasama Pusat kaunseling Utm, untuk menyampaikan tentang pengalaman beliau menceburi kerjaya sebagai seorang usahawan yang sekali gus boleh menjadi inspirasi kepada saya dan rakan- rakan yang. Saya pelajar tahun 2 Universiti teknologi malaysia bagi kursus Pengurusan Technologi sebagai peserta telah sama-sama mengikuti Webminar ini. Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam ini diberikan di dalam dwibahasa.

          Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada para pelajar untuk mengenali potensi dan meningkatkan keyakinan diri untuk berjinak-jinak dalam bidang  keusahawanan. Sekarang ni, semua orang dah boleh mulakan perniagaan dan tambah pendapatan secara dalam talian. Asal ada Internet dan ada akaun media sosial, korang dah boleh mula menjual kat beberapa platform popular kat Malaysia seperti Lazada, Shopee dan macam-macam lagi. Tambah lagi , Malaysia pun tersenarai sebagai antara negara yang boleh menjual kat Amazon, satu lagi platform popular antarabangsa. Namun tak ramai yang tau, bahawa perkara paling sukar dalam dunia perniagaan ni bukannya bila mula menjual dan memasarkan. Sebaliknya, mengekalkan dan memilih strategi yang berkesan untuk kembangkan usaha perniagaan.

           Apa yang saya dapat dalam program ini adalah salah satunya cepat rasa berpuas hati merupakan salah satu sifat yang agak bahaya sebagai seorang usahawan. Nak berjaya, kerja keras dan kesungguhan tak cukup jika kita sendiri tak nak buka mata pada arus perubahan di sekeliling kita. Di sinilah kita betul-betul kena fikirkan strategi terbaik sama ada nak kekalkan bentuk dan strategi seperti biasa ataupun kena berubah ikut keadaan dah. Selain itu, Jangan kecewa sangatlah bila buat kesilapan. Itu biasa. dari kesilapan kita bangkit dan buat tindakan lebih baik. Ada orang sebelum buat silap dah cari ilmu dulu, tak mahu rugi membuta tuli.Ada orang dah buat silap sekali baru pergi cari guru. Ada orang dah silap berkali-kali baru berguru. Tak apa, asalkan sedar dari kesilapan dan perbaikinya.Yang tak betul ialah bila buat silap terus give up atau bila buat silap, pura-pura OK anda nothing happened. Alamatnya tak akan jauh lah perginya.Kesilapan boleh jadi pemangkin untuk kita lakukan usaha sekali lagi dengan lebih baik atau boleh jadi pemangkin untuk kita terus buat silap, jika kita tak belajar sesuatu darinya.

 

WhatsApp Image 2021-01-15 at 12.07.31 AM.jpeg