eSL-eSUKSIS IN COMMUNITY

eSL-eSUKSIS IN COMMUNITY

Program ini ialah program dilaksanakan oleh pelatih dari squad 2018/2019 sebagai e-service learning sebagai salah satu silibus dalam sem 4 pengajian. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang ilmu kepolisan.Aktiviti-aktiviti yang kami jalankan adalah melalui media sosial iaitu instagram,facebook dan YouTube. Hal ini disebabkan oleh covid-19 dan kami tidak boleh melakukan aktiviti secara berkumpul. Kami menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan dari rumah masing-masing. Pelbagai rintangan yang kami hadapi bagi menyelesaikan program ini dengan jayanya. Ini merupakan kali pertama melakukan program secara atas talian untuk menyelesaikan Servis Learning (SL).

COMMUNITY SERVICE AND VOLUNTEERISM

Program ini merangkumi beberapa isu ketika ianya dijalankan untuk memberi manfaat kepada masyarakat termasuklah info tentang Sekatan Jalan Raya semasa PKP fasa pertama, pecerahan tentang VSP dan info terperinci tentang pelbagai jenis scammer yang sedang berleluasa kini. Saya selaku PR telah bekerjasama dan berhubung dengan pihak PDRM untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Sepatutnya program eSL ini dijalankan sebagai satu program yang besar dengan jemputan-jemputan dari pihak yang berkenaan, tapi disebabkan bilangan kes pesakit dan kematian akibat Covid-19 makin menaik,PKP telah dilaksanakan sehingga berbulan lamanya, sehinggakan kami membuat keputusan untuk jalankan program secara dalam talian.

Kekangan utama yang tak dapat dielakkan adalah masalah rangkaian internet bagi rakan-rakan yang menetap di kawasan pedalaman. 

Hasil pembelajaran yang diperolehi ialah kami dapat mengorganisasikan maklumat mengenai undang-undang dan asas kemahiran perintah tetap Ketua Polis Negara. Selain itu, kami dapat menyelesaikan masalah berdasarkan kemahiran kokurikulum yang dipelajari melalui projek yang diberikan dan menganalisis maklumat secara beretika, berkomunikasi bersama ahli kumpulan dan mampu mengambil tindakan yang cermat. Kami dapat menyuaikan diri dengan situasi negara yang menyekat pergerakan serta aktiviti sosial. Para skuad berusaha menyesuaikan diri untuk membuat perkongsian ilmu s ecara maya. Skuad juga sentiasa bersedia dengan segala perubahan.

Screenshot (100).png

Screenshot (101).png