HAFSYAHIRA BINTI OTHMAN's Reflection /
PEOPLE IN NEED PEOPLE OFFER (PINPO)

Sewaktu menjadi mahasiswa tahun ke dua di UTM, saya telah menyertai kelab PINPO. Sepanjang menyertai kelab tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam membantu orang sekeliling. Satu aktiviti menarik yang boleh dikongsikan adalah tentang lawatan ke rumah orang tua iaitu Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Kami melakukan persiapan sebelum ke sana. Kami mengadakan kempen dan menyediakan tabung sumbangan sebagai inisiatif untuk mendapatkan dana dan diberikan kepada warga Nur Ehsan di sana. Sumbangan yang diperolehi sepanjang kempen berlangsung digunakan untuk membeli keperluan asas dan keperluan lain yang diperlukan oleh penghuni rumah Nur Ehsan.
Pada hari yang ditetapkan kami bergerak ke sana dengan menaiki bas UTM. Tiba di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, saya berasa terkejut apabila melihat keadaan dan sekeliling Nur Ehsan amat berbeza dengan rumah warga emas yang pernah dilawati. Kami disambut baik oleh penjaga warga emas dan kelihatan warga emas berkumpul di dewan terbuka. Kami memulakan aktiviti dengan sesi berkenalan antara kumpulan kami dengan warga emas. Untuk permulaan kedatangan kami ke sana pelbagai ragam warga emas, kelihatan ada di antara mereka yang gembira, bosan dan sebaliknya. Sepanjang sesi suai kenal dijalankan, aktiviti kuiz di buat bagi menarik perhatian warga emas dan membuat mereka gembira. Tetapi tanggapan kami salah kerana hanya sebahagian daripada mereka yang melibatkan diri.   
Masih teringat akan teknik pengajaran dan pembelajaran yang selalu dipraktikkan di kelas sepanjang belajar di UTM sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, kami bukan sahaja mendengar ilmu yang disampaikan oleh pensyarah tetapi kami juga didedahkan dengan pembelajaran fizikal dimana interaksi antara pensyarah dan pelajar adalah kuat. Hal ini menyebabkan kami seronok untuk belajar dan tidak bosan sepanjang sesi pembelajaran dijalankan walaupun mengambil masa yang panjang.
Selain itu kami juga selalu berinteraksi dengan pensyarah kami melalui wasap atau telegram sebagai alternatif untuk menjadi lebih rapat selain bertanya persoalan tentang pembelajaran yang tidak di fahami. Ini akan menjadikan kami semakin rapat dan tidak malu untuk bercakap. Ramai pakar menilai bahawa komunikasi sangat diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Ini diterangkan oleh Profesor Wilbur Schramm yang menerangkan bahawa komunikasi dan masyarakat adalah dua data kembar yang tidak dapat dipisahkan satu sama lainnya. Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003) menerangkan komunikasi merupakan suatu yang asas seperti mana keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan keperluan. Individu dalam masyarakat akan berkomunikasi sama ada antara rakan sekaum atau dengan kaun lain dakam proses pertukaran  dan koordinasi maklumat. Oleh kerana itu, tanpa komunikasi masyarakat tidak mungkin akan terbentuk, sebaliknya tanpa masyarakat maka manusia tidak mungkin dapat mengembangkan komunikasi (Schramm,1988). Komunikasi dikatakan berhasil apabila terjadinya persefahaman antara penerima dan pemberi isyarat dalam komunikasi sehingga tujuan utama komunikasi dapat tercapai.
Rehat untuk 30 minit diberikan kepada warga emas dan untuk waktu tersebut juga kami gunakan mencari idea dan solusi untuk lebih akrab dengan warga emas di rumah Nur Ehsan. Kami bertanya kepada penjaga warga emas Nur Ehsan solusi untuk kami lebih akrab dalam berkomunikasi dengan warga emas tersebut. Kami menerima baik kata-kata nasihat dan pendapat penjaga di sana iaitu supaya lebihkan komunikasi antara kumpulan kami dengan mereka serta setiap aktiviti untuk mereka perlu melihat kepada aspek tahap keboleh upayaan mereka dan pemikiran mereka kerana mereka datang dari pelbagai latar belakang dan berbeza umur.
Seterusnya kami perlu berbudi bahasa ketika berinteraksi dengan mereka dengan cara mengaplikasikan teknik yang di gunakan sewaktu proses pembelajaran sepanjang di UTM iaitu megajak mereka melakukkan aktiviti tetapi berdasarkan keupayaan mereka bukan sekadar mendengar kumpulan kami berceloteh di hadapan. Hal ini kerana berbudi bahasa menggambarkan sikap yang baik dan memancarkan akhlak yang murni. Meskipun ia nampak kecil dan remeh, tetapi berbudi bahasa amat besar nilainya dalam kehidupan kita. Tidak rugi kita berbudi bahasa baik kerana ia menyumbangkan kepada ganjaran yang positif.
Fenomena pada masa kini banyak kalangan kita yang sudah tidak menghormati orang tua khususnya dan orang lain amnya. Dalam Islam nilai adab, budaya, akhlak dan kesopanan sangat penting sebagai fungsi masyarakat untuk merealisasika perasaan Islam. Nilai akhlak dan kesopanan adalah sama dengan fungsinya terhadap akidah, pemahaman dan emosi dalam kehidupan. Tak guna berilmu tinggi dan beramal ibadah, tetapinakhlak dan budi bahasa tidak dijaga. Imam al-Ghazali mengemukakan teori bagaiman hati dapat diasuh, dibina dan dibentuk agar menghasillkan budi bahasa yang mulia dan terpuji iaitu melaluii ilmu latihan dan didikan, penundukan nafsu dan syahwat dan bersifat adil dalam berkata-kata dan menjaga kelakuan.
Untuk aktiviti seterusnya kami cuba mengaplikasikan teknik dan saranan daripada penjaga-penjaga mereka di sana. Pengendali majlis dari kelab kami memanggil seorang warga emas untuk kedepan. Mereka bercakap dan disertai dengan gelak ketawa untuk memeriahkan lagi program itu berlangsung. Di samping itu kami membuat kejutan kek kepada mereka membuatkan mereka terkejut dan terharu. Warga emas tersebut memotong kek tersebut seterusnya kami membahagikan kek yang dibawa kepada bahagian-bahagian kecil untuk diagihkan kepada warga emas yang lain. Setiap daripada ahli kumpulan kami bersembang secara bersemuka dengan setiap warga emas yang ada di situ.
Dapat dilihat dari riak wajah warga emas di situ kegembiraan dan ramah mereka melayani celoteh kami dengan cerita kisah pahit manis dan jatuh bangun mereka. Mereka juga bercerita tentang bagaimana mereka boleh sampai di rumah Nur Ehsan. Sedih untuk mendengar kisah hidup mereka tetapi cerita itu yang menjadi iktibar untuk kami untuk menempuh masa hadapan dengan penuh kemodenan dan dalam masa yang sama tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa sendiri. Disebalik kegembiraan mereka bercerita dapat dirasa perasaan sedih melalui penceritaan itu. Melalui komunikasi bersama mereka, kami mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana sesuatu perkara atau kejadian itu boleh berlaku. Little John (2009) menjelaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan bukannya realiti. Beliau juga menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaiman sesuatu kejadian berlaku. Ini memberi impak positif dan nilai murni terhasil dalam komunikasi antara mereka. Dan ini juga mengeratkanlagi hubungan anatara mereka.
Walaupun pada peringkat awal pelbagai kerenah warga emas di situ, dengan bantuan dan saranan daripada penjaga mereka kami dapat mengawal dan tahu silap kami dalam mengendalikan majlis bersama warga emas. Ini menjadikan kami semakin terhibur dan lebih terbuka hati untuk melayani mereka disebabkan kerjasama dan keletah yang ditunjukkan mereka. Walaupun masa bersama mereka semakin menghampiri penghujung tapi gembira bersama mereka.
Sebelum kami bertolak pulang untuk balik ke UTM, ketua dari kumpulan kami memberi sedikit buah tangan dan sumbangan kepada pengasas Rumah Warga Emas Nur Ehsan tersebut diatas kesudian menerima kehadiran kami ke rumah Nur Ehsan untuk menghiburkan warga emas yang tinggal di situ. Kami bergambar sebagai kenang-kenangan sepanjang berada di Rumah Warga Emas Nur Ehsan.  Banyak memori yang ditinggalkan sepanjang seharian berada di Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Saya berasa sedih untuk meninggalkan mereka di sini tetapi ini adalah memori terindah setelah sekian lama berpisah dengan keluarga sendiri.
Kesimpulannya, komunikasi merupakan tunjang dan asas utama dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia berkait rapat dengan aktivii seharian kita khususnya dan masyarakat amnya. Setiap ruang dan aspek kehidupan kita dipengaruhi oleh komunikasi yang baik mahupun komunikasi dengan cara yang kurang baik, ia jelas mencakupi segala aspek kehidupan masyarakat.